Pakej Servis CikYam Creative

Selamat datang ke website CikYam Creative. CikYam menyediakan servis penulisan yang insya-Allah menepati kehendak anda. Dengan pengalaman sebagai wartawan selama 16 tahun, alhamdulillah CikYam mempunyai pengalaman yang dipinjamkan oleh Allah untuk menulis.

Ini adalah servis yang CikYam tawarkan setakat ini.

SERVIS COPYWRITING

SERVIS PENGURUS MEDIA SOSIAL

Ini adalah servis untuk CYC dilantik sebagai tukang jaga facebook page korang. CikYam faham sebagai usahawan, korang sibuk dengan kerja-kerja bisnes di belakang tabir. Kan? So, lantiklah CYC sebagai tukang jaga facebook page korang supaya nampak meriah dan trusted.

Setakat hari ini, CikYam dah jadi pengurus media sosial untuk bisnes barangan baby, bisnes emas, bisnes internet marketing dan juga restoran. Masa kerja wartawan dulu, CikYam memang berpengalaman sebagai pengurus media sosial untuk majalah tempat CikYam kerja. Jadi, kerja membuat konten dan schedule posting di fb page bukanlah asing bagi CikYam.

Kat bawah ni CikYam berikan pakej yang ada. Harga tu untuk 1 posting ya. Darab dengan berapa posting korang nak dalam sebulan.

PAKEJ A, B DAN C untuk CikYam siapkan konten, gambar dan juga muat naik di facebook page korang.

PAKEJ D, E DAN F untuk CikYam siapkan konten dan muat naik di facebook page korang sahaja. Gambar korang kena sediakan tau.

PAKEJ X, Y DAN Z untuk CikYam siapkan konten sahaja.

SERVIS LAIN

Setakat hari ini, CikYam telah menulis banyak copywriting sepanjang berkhidmat sebagai wartawan. Antaranya produk fesyen, kosmetik, makanan kesihatan, makanan dan minuman serta pelbagai lagi.

CikYam pun ada buat servis manuskrip e-book. Namun tempahan ini perlu perbincangan lanjut kerana menyiapkan manuskrip penulisan sebegini memerlukan komitmen yang tinggi.

Sekiranya berminat untuk menempah sebarang bentuk penulisan, boleh terus hantarkan mesej di WhatsApp untuk respon pantas.

Untuk rujukan review website yang telah CikYam lakukan, boleh klik link di bawah:

  1. Dodol Warisan Puteri
  2. Baulu Gulung Trioven
  3. Aiskrim Scoop Valet