Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Kelas Online Kerjaya Penulis Upahan Bersama PSR

Facebook
Twitter
LinkedIn

Pada tahun 2020, CikYam hilang pekerjaan sebagai wartawan. Dalam keadaan suami yang cacat fizikal, pemegang kad orang kurang upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), aku ialah breadwinner dan provider dalam rumah tangga. Seharusnya CikYam takut apabila tiada lagi pekerjaan, tiada lagi pendapatan bulanan.

Akhirnya, sejak itu CikYam jadi penulis upahan. Mencari peluang menerima upah melalui servis penulisan yang CikYam lakukan. Ada klien, adalah duit untuk kami makan.

Bermula dengan upah RM10 untuk satu penulisan kandungan media sosial, CikYam kini boleh mendapat RM700 untuk satu penulisan rencana. Bukan sehari dua CikYam membina branding dan kredibiliti sebagai penulis upahan. Bertahun-tahun.

Daripada geng suri rumah yang menjadi ejen produk, kini klien CikYam telah berubah. Klien CikYam ialah agensi kerajaan dan usahawan. Alhamdulillah.

MASA UNTUK BERKONGSI

Mulai 10 September 2026 hingga 1 Oktober 2026, CikYam mengendalikan Kelas Online Kerjaya Penulis Upahan dengan Kerjasama Kumpuan Penulis Suri Rumah (PSR). Seramai 47 orang peserta telah mendaftar dan mengikuti kelas ini sebanyak empat sesi.

Empat Sesi Tersebut Adalah Seperti Berikut:

  • Sesi pertama pada 10 September 2026.
  • Sesi kedua pada 17 September 2026.
  • Sesi ketiga pada 24 September 2026.
  • Sesi keempat pada 1 Oktober 2026.
Sesi pertama pada 10 September 2026
Sesi kedua pada 17 September 2026
Sesi ketiga pada 24 September 2026.
Sesi keempat pada 1 Oktober 2026.

SURI RUMAH NAK DAPAT INCOME MELALUI PENULISAN

Tiada yang mustahil. Insya-Allah, suri rumah boleh dapat income melalui aktiviti menulis dari rumah. Klien ada, cuma kita yang perlu bijak tonjolkan diri kita dan tawarkan servis. Biar orang tahu kita ada menyediakan servis itu.

Cover slide semasa kelas.
Bergambar selepas selesai kelas.

Terima kasih kepada Kumpulan Penulis Suri Rumah kerana bekerjasama dengan CikYam untuk kelas ini. Semoga lebih ramai suri rumah boleh jana income melalui aktiviti menulis dari rumah. Jumpa lagi!

Read More

Scroll to Top