Kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab menghasilkan konten bagi jabatan perlu menghadiri Kursus Pemantapan Penulisan Profesional supaya kemahiran menulis sentiasa diasah dan relevan. Kursus ini direka khas untuk membantu memastikan kakitangan kerajaan tersebut mengenal pasti teknik penulisan yang rasmi tetapi mampu mendekati rakyat yang menggunakan media sosial.
Corak penulisan menjadi penentu kepada penerimaan khalayak atau audiens. Justeru, ilmu mengenai corak penulisan yang bersesuaian ini, perlu dikemas kini secara berkala supaya dapat memahami penerimaan audiens dari semasa ke semasa.
Pada 15 Julai 2026, Isnin, pihak CYC Creative Solutions telah dijemput sebagai penceramah bagi Kursus Pemantapan Penulisan Profesional bagi 32 orang kakitangan Jabatan Penerangan (Japen) di Kementerian Komunikasi.

Kursus dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang itu mengandungi tiga modul iaitu:
- Modul Penulisan Rencana
- Modul Penulisan Media Sosial
- Modul Penulisan Kapsyen

CYC Creative Solution mempunyai 10 modul yang boleh dipilih mengikut kesesuaian. Boleh rujuk di sini (Kursus Penulisan CYC). Sepuluh modul iatu ialah:
- Penulisan Media Sosial yang Strategik
- Penulisan Rencana Berstrategi
- Asas Penyuntingan Teks (Editing & Proofreading)
- Hak Cipta & Etika Penulisan
- Penulisan Kreatif & Storytelling
- Copywriting – Brand Story (Teknik Ayat Iklan Berkesan)
- Penerbitan Coffee Table Book (Buku Mewah)
- Pemilihan Gambar & Teknik Penulisan Kapsyen
- Kerjaya Penulis Upahan Profesional (Ghostwriting Career Path)
- Penulisan Dokumen Rasmi Yang Profesional
Terima kasih kepada pihak Japen di bawah Kementerian Komunikasi atas peluang yang diberikan kepada CYC untuk bekerjasama dalam Kursus Pemantapan Penulisan Profesional.
GAMBAR SEKITAR KURSUS




Terima kasih kepada pihak Japen, Kementerian Komunikasi yang mempercayai modul dan penyampaian kami di CYC Creative Solution. Kami percaya dengan pengalaman, kemahiran dan modul yang kami ada, sesi pemindahan ilmu boleh berlangsung dengan baik. Insya-Allah.
Kepada mana-mana pihak yang ingin menjemput kami sebagai jurulatih penulisan, boleh hubungi kami terus. Klik link ini untuk info lebih lanjut>>> KURSUS PENULISAN





