Apabila kita sebagai penulis nak menulis rencana, dalam kepala mesti kita hanya fikir rencana tu mengenai apa. Apakah topiknya? Kan? Namun sebenarnya, perkara paling penting ialah penulis perlu tahu siapa sasaran pembaca, apakah isu yang mahu diketengahkan dan apakah kesan yang ingin dicapai melalui penulisan tersebut.
Lebih-lebih lagi apabila kita menulis untuk platform digital seperti blog, portal berita, laman web atau media sosial. Kita berhadapan dengan pembaca yang mempunyai tabiat membaca tersendiri. Tabiat pembaca online sekarang semuanya nak cepat. Kajian pun pernah nyatakan tempoh masa focus manusia sekarang semakin pendek. Kan?


Pembaca platform online cenderung membaca secara pantas, memilih maklumat yang relevan dengan mereka sahaja dan meninggalkan sesuatu bahan bacaan sekiranya tidak menemui perkara yang menarik perhatian mereka.
Jadi, macam mana kita nak menghasilkan rencana yang mampu menarik perhatian pembaca sejak awal, mudah difahami dan pada masa yang sama mencapai matlamat penulisan?
Salah satu teknik yang boleh digunakan ialah Formula STM. Formula ni, CikYam cipta sendiri selepas berpengalaman menulis rencana untuk majalah dan akhbar secara versi cetak lalu selepas itu beralih kepada versi online. Memang sangat-sangat berbeza pendekatan penulisan rencana versi cetak dan digital.
Apa Itu Formula STM?
Formula STM ialah teknik penulisan yang memberi penekanan kepada tiga elemen utama, iaitu Subjek, Target dan Masalah. Ketiga-tiga elemen ini membantu penulis membina intro atau pendahuluan rencana yang lebih terarah, strategik dan mempunyai tujuan yang jelas.
Dalam penulisan rencana, intro memainkan peranan yang sangat penting. Bahagian inilah yang menentukan sama ada pembaca mahu meneruskan pembacaan atau sebaliknya.
Apabila kita menulis rencana menggunakan Formula STM, penulis tidak lagi menulis intro sekadar ada saja. Inilah yang selalu berlaku, penulis tulis intro hanya untuk memenuhi ruang permulaan rencana. Formula STM menjadikan setiap ayat ditulis dengan mengambil kira subjek yang dibincangkan, kumpulan sasaran yang ingin didekati dan masalah yang perlu diberikan perhatian.
Inilah yang menjadikan Formula STM sebagai satu teknik penulisan intro yang sangat berkesan.
Tiga Manfaat Utama Formula STM
1. Audiens Sasaran Jadi Lebih Tepat
Apabila penulis memahami siapa audiens yang ingin disasarkan, penulisan akan menjadi lebih fokus. Kita tidak perlu membicarakan terlalu banyak perkara yang tidak berkaitan dengan keperluan pembaca.
Sebaliknya, setiap maklumat yang dimasukkan mempunyai kaitan dengan kumpulan sasaran. Hasilnya, rencana menjadi lebih padat, tersusun dan relevan kepada pembaca yang ingin didekati.
2. Penulisan Lebih Berimpak kerana Memahami Masalah
Rencana yang baik dapat menyampaikan maklumat yang orang perlukan dengan lebih baik. Rencana yang berimpak tinggi perlu jelas tujuannya dan mampu menyentuh isu atau masalah yang benar-benar dihadapi oleh audiens.
Dengan Formula STM, penulis dapat mengenal pasti masalah yang mahu diketengahkan sebelum rencana itu ditulis lagi. Ini membantu kita menghasilkan rencana yang lebih bermakna, dekat dengan kehidupan pembaca dan membantu menyelesaikan masalah pembaca.
3. Lebih Mudah Difahami
Penulisan yang terlalu umum, meleret atau tidak mempunyai hala tuju boleh menyebabkan pembaca hilang fokus.
Formula STM membantu penulis membina intro yang lebih jelas dan mudah difahami. Pembaca dapat mengenal pasti perkara yang sedang dibincangkan, siapa yang berkaitan dengan isu tersebut dan mengapa perkara itu penting untuk diberikan perhatian.
Menulis Rencana Digital Memerlukan Strategi
Mengapa Formula STM sangat sesuai digunakan dalam penulisan rencana digital? Jawapannya mudah. Kita sebagai penulis perlu memahami tabiat pembaca online yang sentiasa berhadapan dengan lambakan maklumat. Mereka tidak semestinya mempunyai masa untuk membaca setiap artikel sehingga selesai.
Oleh itu, penulis perlu bijak menarik perhatian mereka melalui intro yang tepat, padat dan mempunyai nilai kepada kumpulan sasaran. Sama ada anda menulis artikel blog, rencana untuk portal, kandungan laman web atau artikel berbentuk pemasaran, teknik ini boleh membantu anda menghasilkan penulisan yang lebih strategik.
Paling penting, Formula STM menjadikan penulis lebih mudah mencapai goal atau matlamat yang ingin diperoleh melalui sesuatu penulisan. Kita tahu apa yang hendak disampaikan, kepada siapa mesej itu ditujukan dan apakah perubahan atau tindakan yang diharapkan daripada pembaca.
Satu Rencana dalam Masa Dua Jam?
Ya, ini ikut kepada pengalaman CikYam sendiri. Ketika bekerja sebagai wartawan majalah berbentuk digital dulu, setiap hari CikYam perlu menyiapkan enam rencana setiap hari. Jadi, jika menulis dengan cara lama, CikYam takkan mampu menulis rencana boleh capai KPI setiap hari.
Namun, dengan adanya Formula STM ini, kerja CikYam menjadi lebih mudah kerana CikYam mampu menulis rencana yang berkualiti setiap hari.
Sertai Kelas Online: Teknik Penulisan Rencana Berstrategi Guna Formula STM

Jika anda seorang penulis, blogger, penulis kandungan digital atau individu yang ingin meningkatkan kemahiran menghasilkan rencana, inilah peluang untuk mempelajari teknik penulisan yang lebih strategik. Malah, kalau dilihat dengan teliti, bukan untuk rencana saja, teknik ini juga boleh digunakan untuk penulisan media sosial.
Saya, Maryam Elyas, Jurulatih Penulisan Bertauliah, akan berkongsi teknik menghasilkan rencana menggunakan Formula STM dalam sesi kelas online yang santai dan praktikal.
Kerjasama dengan Kumpulan Penulis Suri Rumah yang mempunyai objektif untuk memberi manfaat kepada suri rumah yang suka menulis. Jadi, kelas ini untuk anda. Yuran pun rahmah dan platform kelas pun online sahaja kerana objektifnya untuk memudahkan golongan suri rumah mengikuti kelas-kelas penulisan.
Butiran kelas:
- Kelas: Teknik Penulisan Rencana Berstrategi Guna Formula STM
- Tarikh: Isnin, 16 November 2026
- Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi (2 jam)
- Platform: Online (Google Meet)
- Tenaga Pengajar: Maryam Elyas, Jurulatih Penulisan Bertauliah
- Dengan kerjasama: Penulis Suri Rumah (PSR)
- Yuran: Ahli PSR (RM10). Bukan Ahli PSR (RM30)
Oh, yuran ni sangat murah! Kelas penulisan rencana di luar sana, CikYam ambil yuran RM99 seorang bagi kelas berkumpulan. Kalau kelas one to one, CikYam ambil yuran RM150 seorang. Namun, untuk kerjasama bersama Penulis Suri Rumah, yurannya sangat rahmah dan tidak membebankan. CikYam ulang ya, Yuran: Ahli PSR (RM10). Bukan Ahli PSR (RM30).
Kesimpulannya, jangan jadi penulis yang rugi. Tahu menulis tetapi gagal kenal pasti arah tujuan penulisan. Belajar menulis dengan strategi. Fahami audiens, kenal pasti masalah dan bina intro yang mampu menarik perhatian pembaca. Jangan hanya fikir topik saja tau!
Reviu Kelas Rencana Terdahulu

JOM DAFTAR
KLIK SINI YA>>> SAYA NAK DAFTAR KELAS RENCANA CIKYAM





