Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Kursus Penulisan Rencana Bersama IKMa

Facebook
Twitter
LinkedIn

CikYam mengucapkan jutaan terima kasih kepada Institut Koperasi Malaysia (IKMa) atas peluang yang diberi bagi berkongsi ilmu penulisan rencana. Pada tarikh 3 dan 4 September 2026, CikYam telah dijemput sebagai penceramah bagi Kursus Penulisan Rencana kepada lebih 60 orang Pegawai Latihan IKMa dari seluruh tanah air.

Fokus bagi kursus ini adalah mengenai penulisan rencana bagi majalah Dimensi Koop. Konten dalam majalah ini ditulis oleh pegawai Latihan. Mereka ialah individu yang mempunyai ilmu dan pengalaman sangat banyak dalam bidang koperasi.

Ilmu dan pengalaman itu perlu dicurahkan melalui penulisan dalam bentuk rencana supaya dapat didokumentasikan dan dijadikan rujukan oleh masyarakat. Fokus dan objektif majalah Dimensi Koop sangat jelas.

MODUL KURSUS PENULISAN RENCANA SELAMA DUA HARI

Modul yang bertepatan dengan keperluan pihak IKMa telah CikYam susunkan dengan terperinci. Bukan teori tetapi lebih kepada praktikal supaya setiap peserta dapat menambah baik cara penulisan mereka.

Ini ialah modul bagi hari pertama.

Ini pula modul bagi hari kedua.

Sebuah rencana mengenai perana golongan orang kurang upaya (OKU), telah dijadikan sebagai contoh dan daripada situ, sesi bedah rencana telah dibuat.

Surat undangan sebagai penceramah kursus penulisan IKMa.

SESI BERGAMBAR SELEPAS SELESAI KURSUS

Akhir kata, terima kasih kepada seluruh tenaga kerja IKMa atas undangan berceramah. Semoga Kursus Penulisan Rencana ini memberi manfaat kepada semua. Yang buruk datangnya daripada saya, yang baik datangnya daripada ALLAH SWT.

Bagi mana-mana organisasi yang ingin menjemput CikYam bagi kursus penulisan, bolehlah berbuat demikian. Boleh rujuk website KURSUS PENULISAN bagi mendapatkan senarai modul yang ada.

Read More

Scroll to Top