Dodol Warisan Puteri Gerenti Sedap, Harga Murah. Korang Wajib Try!

Pernah tak korang rasa dodol yang sama macam zaman atuk nenek kita buat dedulu? CikYam sampai sekarang masih lagi ingat betapa sedapnya dodol yang arwah atuk masak bawah pokok. Masak dalam kawah, guna kayu api. Bau asap tu, fuhhh memang best.

Dodol dalam kawah, time dimasak tu memula ringan. Makin lama makin pekat, kemudian jadi berat. Menggelegak gitu kan.

Macam ni la rupa dodol dalam kawah.

Bebaru ni, CikYam try satu dodol dari utara tanah air. Dihantar menggunakan pos. Bila CikYam try rasa, dodol ni memang wow!

Kenapa wow? Meh nak cerita secara ikhlas dari lubuk hati.

Pertama, rasanya lemak manis. Dodol memang la macam tu rasanya kan? Lemak dan manis. Tapi yang ni memang secukup rasa lemaknya, bergabung dengan manis tu, memang sedap. Melekat kat lidah.

Kedua, CikYam suka tekstur lembut tu. Lembik-lembik gitu. Bukannya dodol keras. Maksudnya, dodol ni memang fresh!

Ketiga, dodol ni tak kering. Berminyak elok je. Melekat. CikYam suka sesangat.

Keempat, bila dimakan ada rasa pahit-pahit gula bersama dengan cita rasa hangit asap. Tu yang mahal tu. Payah nak dapat dodol yang macam ni pada masa sekarang.

Inilah dodol yang CikYam try tu. Lembut sesangat.

DODOL WARISAN PUTERI by BAHULU PAK TEH

Dodol yang CikYam cerita kat atas tu adalah mengenai Dodol Warisan Puteri by Bahulu Pak Teh. Kalau korang berminat, boleh dapatkan daripada mereka. Pengeposan seluruh Malaysia tau!

CikYam pun dapatkan dengan diorang dan diorang pos guna J&T. Sekejap je sampai. Kekal fresh sebab pembungkusan sangat mantap.

Paling best, dodol ni memang dibuat dengan mengekalkan ciri-ciri keaslian dodol tu sendiri. Tak guna cara moden. Memang betul-betul cara tradisional. Sebab tu la bila makan, boleh bawak terkenang-kenang dodol zaman tok nenek kita dulu. Mengimbau memori silam.

Sedap!
Sebekas ni 500 gram. Sekali hadap je separuh dah habis.

Harga dodol sedap ni macam di bawah:
1 kg (RM30)
500 gram (RM15)
250 gram (RM8)

Nasihat CikYam, elok beli sekilo terus sebab memang sedap teruk! Alang-alang dah pos, kan? Haaa beli sekilo terus.

MACAM MANA NAK BELI?

Klik je link wasap kat sebelah ni, untuk respon pantas. Whatsapp sekarang >> NAK DODOL WARISAN PUTERI

Jom jenguk fb Bahulu Pak Teh. Selain dodol, memacam lagi ada. FB BAHULU PAK TEH.

Korang gerenti suka jugak entri ni > KEK SURICO YANG SEDAP