Kenal Pasti Kata Sendi, Tulislah Dengan Betul Untuk Kredibiliti Sebagai Penulis

Kata sendi adalah salah satu ilmu tatabahasa. Antara faktor yang buat CikYam rasa terganggu apabila membaca mana-mana blog adalah isu tatabahasa dan ejaan. Menulis dengan tatabahasa dan ejaan yang betul bukanlah bermaksud kita nak tulis macam penulis surat rasmi tu.

Tatabahasa dan ejaan yang betul ni adalah struktur penulisan. Rasmi atau tidak pulak adalah laras bahasa yang digunakan. Tulislah dengan laras bahasa santai tapi tetap pentingkan tatabahasa dan ejaan. Boleh je kan?

CikYam sakit mata dengan tatabahasa yang tunggang-langgang. CikYam faham, bukan semua orang minat dengan ilmu bahasa tetapi inikan bahasa kita. Kalau kita bersungguh-sungguh belajar grammar bahasa Inggeris, kenapa kita tak betul-betul fahami bahasa kita?

Kita malu apabila salah membunyikan perkataan bahasa Inggeris, tapi kita sikit pun tak kisah bila salah sebut perkataan dalam bahasa Melayu. Kita ambil sambil lewa je dengan tatabahasa bahasa kita sendiri.

Salah faham mengenai tatabahasa boleh mempengaruhi ejaan kita. Tak faham tatabahasa, ejaan pun akan jadi salah jugak.

Satu contoh mudah CikYam beri kat sini. Mengenai perkataan <di>

Perkataan <di> ada dua fungsi iaitu:
1) sebagai imbuhan.
2) sebagai kata sendi
.

Kedua-dua fungsi ini dieja secara berbeza tau. Tak sama. Jadi tolonglah peka dengan supaya digunakan dengan betul dalam penulisan kita.

SEBAGAI IMBUHAN

Sebagai imbuhan, <di> dieja rapat dengan perkataan selepasnya. Contoh jelas boleh tengok dalam poster yang CikYam buat di bawah ni.

SEBAGAI KATA SENDI

Sebagai kata sendi, <di> dieja jarak dengan perkataan selepasnya. Contoh jelas boleh tengok dalam poster yang CikYam buat di bawah ni.

Secara mudahnya, kata sendi merujuk pada tempat. Selain itu, kenalah dieja rapat kerana menunjukkan imbuhan.

OK, inilah sahaja yang CikYam nak terangkan mengenai perkataan <di>

Anda pasti suka juga baca entri di bawah:

4 Tips Asas Tulis Copywriting Untuk Geng Mak Bisnes