4 Tip Asas Tulis Copywriting Untuk Geng Mak Bisnes

Copywriting tu apa? Ayat iklan. Ya, itulah dia makna copywriting. Untuk iklan, kita perlukan ayat. Kalau dulu iklan cuma di suratkhabar atau televisyen, tapi sekarang copywriting banyak ditulis di media sosial. Kemunculan internet memeriahkan dunia copywriting.

Semakin ramai yang menjual di media sosial, makin banyaklah copywriting ditulis. Tiap hari kita boleh nampak pelbagai iklan lalu lalang di media sosial. Kan? Geng mak bisnes pun ramai yang mula berniaga online. Senang kan? Boleh buat duit hanya dari rumah.

CikYam sebagai wartawan, memang banyak menulis copywriting. Klien beli iklan dalam majalah. Apabila pengiklanan digital semakin mendapat tempat, khidmat CikYam juga diperlukan untuk menulis iklan dalam website. Jadi, selain menulis artikel berbentuk human interest, CikYam juga boleh menulis copywriting dengan baik. Alhamdulillah, Allah pinjamkan kemahiran ini pada CikYam.

Hari ini, CikYam nak kongsikan tip asas tulis copywriting untuk geng mak bisnes. Maknanya, sebelum menulis satu-satu copywriting itu, apa yang kita perlu tahu? CikYam faham geng mak bisnes yang buat bisnes online dari rumah ni nak teknik menulis yang mudah. Buat apa nak belajar menulis susah-susah level sasterawan kan? Kita nak jual produk kosmetik, buku, penapis air, baju, kasut jer. Bukan nak jual roket.

OK, jom CikYam tunjukkan!

4 Tip Asas Tulis Copywriting

1) TAJUK

Seeloknya copywriting yang ditulis ada tajuk. Ini supaya orang yang jenis malas membaca, boleh jadi tertarik untuk baca konten tulisan korang itu selepas dia baca tajuk walaupun sekali imbas. Inilah kuasa tajuk. Tajuk yang best boleh mendorong orang baca apa kita tulis.

Contoh:
10 Warna Wow Lipmatte Yang Mampu Buat Suami Kata I Love You

Tajuk yang CikYam bagi sebagai contoh ni antara tajuk yang boleh menangkap perhatian golongan isteri yang suka tampil cantik buat suami. Bila mereka baca tajuk, mereka tertarik dengan angka 10 warna dan suami kata I love you. Secara tak langsung, mereka akan cuba baca copywriting kita sebab nak tengok 10 warna yang dikatakan wow tu. Tak mustahil mereka akan beli sebab nak suami kata mereka cantik.

2) TARGET

Sebelum menulis copywriting, kenal pasti siapa target atau sasaran kita. Kalau tak kenal pasti target, copywriting kita akan jadi terlalu longgar. Lebih baik kenal pasti target dan tulislah copywriting yang ditujukan khas buat target.

Target ini boleh dikukuhkan pada tajuk juga. Contoh kita tengok contoh yang di atas tadi.

Contoh:
10 Warna Wow Lipmatte Yang Mampu Buat Suami Kata I Love You

Dekat sini, CikYam dah fokuskan target CikYam ialah golongan isteri. Maknanya wanita yang bergelar isteri akan terasa bahawa tulisan ini ditujukan pada mereka.

3) AYAT MEMUJUK

Ayat memujuk ni ada pelbagai cara. Boleh gunakan emosi. Poin nombor 3 ini sebenarnya sangat luas. CikYam akan cerita nanti di posting yang lain. Sedikit contoh yang boleh CikYam berikan di sini adalah seperti di bawah.

Contoh:
Tak tahulah kan. Tadi pagi keluar pergi ofis, rasa sayu je. Rasa macam takde mood. Berjalan dari rumah menuju ke kereta pun, rasa lemau. Bila masuk dalam kereta, tertengok cermin pandang belakang. Sekali tengok muka pucat lesi. Laaaaa aku lupa pakai lipmatte rupa-rupanya. Terus bukak handbag, ambil lipmatte. Zaz, zas, zas. Tu dia, bibir dah cantik mood terus melonjak setinggi Gunung Everest.

OK, ayat macam ni bolehlah dianggap penceritaan yang mengujakan. Kita pujuk pembaca untuk tertarik nak dapatkan lipmatte kita dengan emosi-emosi daripada layu kepada ceria.

Korang boleh bermain-main lagi dengan emosi dan utarakan ayat pujukan kepada pembaca. Alaaa geng-geng mak bisnes kan banyak emosi kan?

4) MUDAH DIFAHAMI

Ayat iklan kenalah satu tulisan yang mudah difahami. Jangan tulis menerawang sampai orang susah nak faham. Bila susah nak faham, memang takkan berkesanlah copywriting kita tu.

Tip untuk mudah difahami adalah buat ayat pendek-pendek. Jangan ayat panjang sampai kita hilang fokus dan tak tau hujung pangkal. OK?

Untuk lebih tip penulisan, jangan lupa selalu jengah blog CikYam ni dan like facebook page CikYam. OK!

Nak khidmat ghost writer untuk konten media sosial korang? Ini servis yang CikYam tawarkan. Klik mana-mana link yang anda selesa. Kita bekerjasama:
WhatsApp: +60122623977
E-mel: cikyamcreative@gmail.com
Facebook Personal: Maryam Elyas
Facebook Page: Puan Maryam Elyas

ANDA GERENTI SUKA JUGA ARTIKEL DI BAWAH INI.

MACAM MANA GHOST WRITER MUDAHKAN URUSAN GENG MAK BISNES