Ketika entri blog ini ditulis, Kursus Penulisan Profesional dan Kreatif bagi kakitangan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) belum lagi tamat. CikYam menjadi mentor bagi kakitangan ini selama tiga bulan; bermula dari April hingga Jun 2026.
CikYam menulis entri ini kerana setakat ini, kelas bersemuka telah pun selesai dilaksanakan. Kursus penulisan selama tiga bulan ini direka khas mengikut keperluan kedua-dua kakitangan LPPSA ini. Mereka berdua ialah kakitangan pengurusan yang telah lama berkhidmat di agensi ini.
KELAS BERSEMUKA SESI PERTAMA
Kelas bersemuka kali pertama adalah seperti berikut:
Tarikh: 4 April 2026
Masa: 9 pagi – 5 petang
Tempat: Bilik Perbincangan 2, Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam

Bagi kelas bersemuka sesi pertama ini, CikYam telah susun modul yang berikut untuk mereka.
1) Modul Penulisan Media Sosial
2) Modul Penulisan Rencana Berstrategi
3) Asas Penyuntingan Makalah
4) Hak Cipta dan Etika Penulisan

Keempat-empat modul ini amat bersesuaian dengan keperluan kedua-dua peserta mengikut bidang tugas mereka di pejabat.

KELAS COACHING ONLINE
Selesai sesi kelas bersemuka, CikYam teruskan perjalanan kursus penulisan ini secara online. Sesi online adalah selama satu jam bagi setiap sesi. Sesi coaching biasanya CikYam memberikan maklum balas tugasan yang diberikan.


Jadual sesi coaching online adalah seperti berikut:
- Jumaat 10 April – coaching 1
- Rabu 15 April – coaching 2
- Jumaat 24 April – coaching 3
- Rabu 29 April – coaching 4
- Rabu 13 Mei – coaching 5
- Isnin 18 Mei – coaching 6
- Jumaat 22 Mei – coaching 7
- Rabu 3 Jun – coaching 8
- Rabu 10 Jun – coaching 9
- Selasa 16 Jun – coaching 10
KELAS BERSEMUKA SESI KEDUA
Kelas bersemuka kali kedua adalah seperti berikut:
Tarikh: 9 Mei 2026
Masa: 9 pagi – 5 petang
Tempat: Bilik Perbincangan 2, Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam
Bagi kelas bersemuka sesi kedua ini, CikYam telah susun modul yang berikut untuk mereka.
1) Modul Kerjaya Penulis Upahan (Ghostwriter)
2) Modul Pembangunan Coffee Table Book
3) MOdul Rekaan Grafik dan Percetakan Coffee Table Book
4) Modul Penulisan Kapsyen Berkesan

CikYam bawakan dua penceramah jemputan untuk melengkapkan modul ini. Mereka ialah Encik Norazwan Nazim dan Encik Rosli Mohd Nordin. Kedua-dua mereka ini pakar dalam bidang masing-masing. Kami mempunyai latar belakang sebagai individu dalam industri media sebagai wartawan, wartawan penyiaran dan juga pereka grafik.

Keempat-empat modul yang dijalankan pada hari ini bertujuan memberikan gambaran jelas kepada peserta bagi projek pembangunan coffee table book jabatan mereka. Apabila mereka lebih jelas dengan cara membangunkan coffee table book, mereka lebih fasih untuk berbincang dengan vendor termasuk pencetak.
Kriteria layout, jenis kertas, finishing dan juga teknologi yang digunakan dalam pembangunan coffee table book amat penting untuk mereka tahu.


Tamatnya sesi bersemuka kali kedua ini, CikYam bakal teruskan dengan sesi coaching secara online. Masih ada enam sesi coaching lagi sebelum kursus selama tiga bulan ini tamat. CikYam berharap kursus selama tiga bulan ini memberikan manfaat yang bukan sedikit kepada kedua-dua peserta.
Bagi mana-mana organisasi yang mahukan kursus penulisan bagi kakitangan anda, bolehlah hubungi CikYam ya. Boleh klik sini untuk rujukan lanjut >> KURSUS PENULISAN





