Kalau anda sedang membaca posting blog ini, CikYam ucapkan tahniah. Ini kerana anda berpeluang untuk menambah satu lagi ilmu iaitu mengenai penulis upahan namun dalam versi advance. Tahniah sekali lagi.
Sebelum ini, CikYam kerap buat Kelas Penulis Upahan. Ini adalah kelas asas yang perlu diikuti oleh seseorang yang ingin menjadi penulis upahan. Dalam kelas ini, CikYam tunjukkan cara seorang penulis upahan itu perlu buat bagi membina branding diri sebagai penulis upahan.
Anda boleh tengok kelas terdahulu di sini: Kelas penulis upahan
Untuk mengetahui apa kata peserta kelas, boleh tengok di sini: Apa kata peserta?
Apa Beza Kelas Penulis Upahan dengan Kelas Penulis Upahan Advance?
Apa yang CikYam maksudkan melalui perkataan advance ini? Melalui kelas advance, CikYam fokus kepada penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh seseorang penulis upahan. Pada ketika ini, seseorang penulis upahan bukan lagi masih merangkak-rangkak untuk membrandingkan dirinya sebagai penulis upahan. Namun pada tahap ini, seseorang penulis upahan telah pun mula dikenali. Jadi, apa pentingnya kelas ini?
Pada tahap advance, penulis upahan selalunya ingin mendapatkan pelanggan yang lebih berkualiti. Pelanggan yang berkualiti maksudnya adalah pelanggan yang memerlukan kerja-kerja penulisan lebih berfokus dan dapat menawarkan upah lebih tinggi. Lazimnya, penulisan sebegini adalah penulisan yang mempunyai aras lebih profesional. Malah mereka juga mempunyai kaedah pembayaran lebih tersusun.
Dalam bahasa mudah, pelanggan yang kita mahukan ialah pelanggan yang menawarkan projek penulisan bermodal besar, bayaran yang lebih mahal dan kita sendiri berpeluang merasai jumlah pendapatan lebih tinggi. Pun begitu, kita perlu bersedia untuk menanggung tanggungjawab lebih besar dan bekerja secara profesional.
Kenapa perlu join webinar Penulis Upahan Advance?
CikYam tak nak janji bulan dan bintang. CikYam cuma nak kongsikan pengalaman CikYam menjadi penulis upahan daripada zero sehingga kepada apa yang telah CikYam capai.
Bermula dengan pelanggan yang terdiri daripada ejen-ejen produk, sehingga CikYam berurusan dengan pengasas produk, pemilik syarikat Sdn Bhd yang ternama dan juga jabatan-jabatan kerajaan. Semua ini memerlukan kemahiran kita sebagai penulis upahan untuk beraksi secara profesional dan berurusan juga secara profesional.
Senang kata, asas perlu kukuh. Penjenamaan diri kena kuat dan juga tidak boleh mudah berpuas hati dengan apa yang telah dicapai.
Webinar ini dianjurkan oleh PROWRITER dan yurannya amat rahmah. Cuma RM50 untuk tiga jam kelas secara online. Jangan lambat, kalau lambat, harga jadi RM60 iaitu denda kerana lewat daftar dan bayar. Aaagittewww.
Kesimpulannya, jika anda ingin terus kekal maju dalam dunia penulis upahan dan meraih pendapatan empat angka dalam setiap job yang diterima, Webinar Penulis Upahan Advance ini amat sesuai untuk diri anda.
Prapendaftaran dibuka sekarang!
- Bila webinar ni? Selasa 21 Jan 2025
- Pukul berapa? 10 pagi hingga 1 tengah hari
- Platform? Online (Google meet atau zoom)
- Cop tempat anda sekarang! Klik je sini>>> Saya nak daftar untuk Webinar Penulis Upahan Advance