Kelas Online Penulis Upahan, Sesi Rungkai Masalah Nak Jadi Ghost Writer

Macam-macam sebenarnya masalah orang yang nak bermula jadi ghost writer ni. Ada yang kata tak tahu nak mula dari mana. Ada yang kata tak tahu nak dapatkan klien. Bila dah dapat klien pula, tak tahu nak kenakan caj berapa pada klien. Nak CikYam bantu rungkai semua persoalan yang bersarang di minda? Jom sertai Kelas Online Penulis Upahan.

Dulu, CikYam pernah buat kelas bersemuka pasal Penulis Upahan ni di Kolej Komuniti Shah Alam. Ramai yang respon mengatakan susah nak hadir kelas bersemuka sebab jauh.

KELAS TERDAHULU!

Kelas Penulis Upahan pada SEPTEMBER 2023 yang lepas. Ini kelas bersemuka.

Jadi, CikYam ambil banyak respon dan anjurkan kelas secara online. Tujuannya tak lain dan tak bukan adalah kerana nak beri peluang kepada yang ramai-ramai kata tak boleh hadir disebabkan jarak itu, boleh hadir. Jarak bukan lagi masalah. Gittewww.

TADA…. INI DIA KELAS ONLINE PENULIS UPAHAN FEBRUARI 2024

Jarak bukan lagi pemisah. Kelas online pada bulan Februari 2024 ini.

Menariknya, pada kelas yang akan datang ini nanti, CikYam akan gunakan buku PROWRITER sebagai modul kelas. Jadi, sesiapa yang ada buku PROWRITER ada tambahan value di situ. Anda boleh gunakan sepenuhnya buku yang anda ada untuk memahami budaya kerja seorang penulis upahan.

Anda dah ada buku PROWRITER?

PAKEJ KELAS PENULIS UPAHAN FEBRUARI 2024

Kelas Online Penulis Upahan pada 17 Februari 2024 ini nanti ada tiga pakej iaitu PROWRITER, Inspirasi dan Mentor. Harga bermula daripada RM40 hingga RM129 sahaja. Menariknya, pakej RM129 membolehkan anda memiliki buku PROWRITER dan join kelas pada harga RM40 sahaja.

Pakej PROWRITER, anda dapat buku dan sertai kelas.
Pakej Inspirasi membolehkan anda memiliki buku PROWRITER. Ada tandatangan CikYam tau 🙂
Pakej Mentor RM40 sahaja.

Bagi anda yang telah ada buku PROWRITER, anda cuma perlu dapatkan Pakej Mentor untuk sertai kelas online ini. Best kan? Berbaloi sungguh!

TOPIK MENARIK UNTUK DIBINCANGKAN

Ini adalah antara topik yang akan CikYam bincangkan. Kelas ini dijangka antara 2 jam hingga 2 jam 30 minit. Biasanya, dalam kelas sebegini, semua topik telah dapat CikYam terangkan. Namun, CikYam mengalu-alukan pelbagai soalan untuk sama-sama kita diskus. CikYam lebih suka macam tu.

PENGALAMAN CIKYAM SEBAGAI PENULIS UPAHAN

penulis upahan

CikYam memulakan kerja sebagai penulis upahan sepenuh masa selepas CikYam hilang pekerjaan sebagai wartawan di Karangkraf. Apabila mula hilang gaji, CikYam memaksa diri melakukan sesuatu di luar kotak demi mendapatkan income. Bermula daripada kosong (zero) sebagai penulis upahan yang ‘tiada nama’ CikYam mula dikenali dan mendapat tawaran job tidak henti.

Pada bulan pertama jadi penulis upahan, CikYam dapat 15 klien. Ini satu pencapaian yang amat membanggakan buat CikYam sebagai pendatang baru dalam dunia ghost writer. Sedangkan ketika itu ramai penulis upahan newbie yang masih susah nak dapat walau seorang klien pun.

Bukti status pada 31 Disember 2020 dahulu.

Tiga bulan pertama bergelar penulis upahan, CikYam dapat upah terkumpul sebanyak RM10,000. Ini adalah satu angka yang amat CikYam tak sangka. Sebagai orang baru dalam dunia penulis upahan, CikYam mampu buat sebanyak ni.

Tiada rahsia untuk mencapai kejayaan dalam dunia penulis upahan. Hanya menggunakan apa yang CikYam ada dan buat apa yang sepatutnya, insya-Allah sesiapa sahaja boleh berjaya. Buat duit dengan menulis hanya dari rumah.

Nak join Kelas Online Penulis Upahan dan memiliki buku PROWRITER? Klik sini (kelas online penulis upahan 17 FEB 2024)