Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Kelas Online Penulis Upahan CikYam: Apa Kata Peserta?

Facebook
Twitter
LinkedIn

Tarikh 17 Februari 2024, sebagai inhouse trainer Modachi Sdn Bhd, CikYam buat satu kelas online mengenai Penulis Upahan. Sebelum ni CikYam dah pernah buat secara bersemuka di Kolej Komuniti Shah Alam. Apabila buat secara online, lokasi bukanlah halangan. Jumlah peserta 20 orang dan CikYam happy dengan jumlah ini.

Sebagai jurulatih, CikYam mengharapkan peserta mendapat manfaat sebanyak mungkin. Objektif kelas ini adalah supaya peserta mengenal pasti ciri-ciri seorang penulis upahan yang ada kredibiliti. Seterusnya supaya peserta tahu cara untuk mendapatkan klien.

Bagi CikYam, tanpa klien, tiada maknanya kehidupan seorang penulis upahan. Sebab apa? Sebab, tanpa klien, mana nak datangnya upah? Tiada upah, maka tiadalah duit untuk kelangsungan kehidupan. Setiap pekerjaan perlu ada gaji. Gaji bagi seorang penulis upahan adalah upah. Jadi, mendapat klien adalah satu isu yang sangat penting.

Slide Kelas Online Penulis Upahan.

OBJEKTIF KELAS ONLINE PENULIS UPAHAN CIKYAM

CikYam fokus kepada objektif kelas supaya hala tuju peserta berada pada landasan yang betul.

Ada empat objektif utama yang menjadi fokus CikYam ketika menjalankan kelas ini.

Keempat-empat objektif ini ada fungsinya yang tersendiri. Setiap objektif tu CikYam terangkan tindakan yang perlu dibuat secara detail. Penerangan CikYam pulak, mesti berserta dengan contoh. Contoh ni sangat penting supaya peserta lebih jelas dan nampak benda tu relate dengan mereka. Tanpa contoh, selalunya penerangan hanya sekadar indah dan rambang. Bila ada contoh, pasti penerangan menjadi lebih jelas. Tak caya? Trainer mesti faham benda ni. Sebab tu kena belajar dengan trainer yang bertauliah kerana trainer yang bertauliah ada struktur menerangkan sesuatu topik.

APA KATA PESERTA KELAS ONLINE PENULIS UPAHAN CIKYAM?

Selepas kelas berakhir, ramai peserta memberikan maklum balas mengenai kelas. Dari dalam sesi Google Meet lagi mereka telah berikan maklum balas.

“Saya suka kelas dengan CikYam ni. Clear. Semua CikYam jelaskan. Dah banyak kelas ghost writer saya masuk. Takde lagi yang kongsi cara pitching secara detail macam CikYam kongsi.”

– Peserta Kelas Online Penulis Upahan CikYam
Maklum balas 1

“CikYam, loves your class.”

– Nuramirah
Maklum balas 2

“Alhamdulillah mudah belajar dengan CikYam. Mudah faham. Mudah terima. Setiap topik, setiap isi, ada contohnya untuk difahami. Terima kasih CikYam untuk perkongsian ilmu ini.”

– Mellya Eshak
Maklum balas 3

TINJAUAN DI FACEBOOK

CikYam juga berterima kasih kepada peserta yang menulis sesuatu di facebook masing-masing. Sebagai trainer yang masih ‘hijau’ dalam bidang ini, CikYam amat menghargai maklum balas yang diberikan kerana dapat membantu menaikkan kredibiliti CikYam.

Eiza Nashwa
Muhammad Nurhaziq
Emelia Ishak
Saniah Aris
Sdr Muhammad Syukri
Afzan Ramlie
Afzan Ramlie siap buat poster lagi. TQ ya!

MENGENAI CIKYAM

HRD Corp Trainer ID: 15949

KELAS APA LAGI CIKYAM BUAT?

CikYam berbesar hati untuk menyatakan di sini bahawa CikYam ada buat tiga kelas yang memenuhi keperluan seorang penulis pada era digital ini. Ini kerana, sebagai mantan wartawan yang telah melalui zaman kandungan berbentuk print hinggalah kandungan berbentuk digital, CikYam faham keperluan kandungan yang turut berubah mengikut kehendak semasa para audien.

CikYam ketika berceramah Kursus Penulisan Kreatif untuk kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya pada 30-31 Oktober 2023.
CikYam ketika berceramah tajuk Penulisan Rencana Berstrategi di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya pada Ogos 2022.
CikYam rasa macam YB masa berceramah di JPM.

Kelas yang CikYam jalankan adalah:
1) Kelas Penulis Upahan
2) Kelas Penulisan Copywriting
3) Kelas Penulisan Artikel Berstrategi

Justeru, bagi anda yang ingin mendapatkan sesi kelas bersama CikYam bagi topik-topik penulisan seperti di atas, hubungi CikYam segera melalui WhatsApp (SAYA NAK KELAS CIKYAM)

Read More

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top