Ini Rupa-Rupanya Maksud Sebenar FYP dalam TikTok

CikYam ni newbie dalam TikTok. Ketika artikel ni ditulis, CikYam baru masuk hari ke-5 aktif buat konten dalam TikTok. Ya, hari ke-5. So, memang tersangatlah newbie. Seminggu pun belum sampai lagi.

Namun, ada 2 video TikTok CikYam yang dapat jumlah tontonan memberangsangkan. Video pertama dapat 44.7K views dan video kedua dapat 20.2K views setakat entri ini ditulis.

Tak sangka dua video ni akan dapat sambutan di TikTok.

CikYam tak pernah masuk kelas formal untuk belajar TikTok. Cuma dapat sharing daripada kawan yang sudi berkongsi idea dan tengok youtube pasal TikTok. Bila video CikYam dapat view tinggi pun, CikYam masih blur lagi pasal TikTok sebenarnya. Yelah, takde masuk memana kelas formal kan.

Senang cakap, CikYam pun tak sure macam mana video CikYam tu boleh dapat view yang tinggi.

Bila CikYam up di facebook pasal view video yang tiba-tiba melonjak dan notifikasi tak henti-henti masuk menandakan ada orang like, ada orang komen, ramai yang kata tahniah sebab video CikYam masuk FYP.

FYP? Apa benda FYP tu? CikYam memang tak tahu apa itu FYP. Daripada jawapan kengkawan kat fb, katanya FYP tu For You Page. Maknanya video CikYam lalu di wall TikTok mereka.

Tapi, bukan ke semua video memang akan lalu di wall? Kadang, ada je video yang rendah jumlah tontonan lalu di wall TikTok. Kan?

Bila CikYam baca di internet, CikYam jumpa satu blog yang memberikan definisi yang sangat mudah untuk CikYam faham. Ini rupa-rupanya maksud sebenar FYP. Baca di bawah ni.

Sumber daripada: niagahoster.co.id

MAKSUDNYA…

FYP adalah video yang direkemenkan pada homepage user masa memula sekali kita bukak apps TikTok. Itulah FYP yang sebenarnya. Kira hebatlah bila TikTok rekemen kan video kita masa memula sekali kita bukak TikTok kat fon.

FYP ni tak kira kita follow atau tak orang tu dan orang tu follow kita ke tak. Dia akan masuk je kat memana akaun user di seluruh dunia.

Yang bestnya bila dapat masuk FYP ni, video kita akan dapat jumlah view yang banyak. Haaa tu la yang best.

Begitu rupa-rupanya. Baru den faham. So newbie, dah, jangan blur katak bila orang cakap pasal FYP ye. CikYam pun baru dapat jawapan yang paling jelas dan mudah faham ni.

Korang mesti suka jugak entri CikYam yang ini > Jom Singgah TikTok CikYam