CikYam Aktif Kat TikTok Sekarang, Jom Singgah!

Korang ada TikTok tak? CikYam ada ikuti kursus Digital Marketing Strategy. Kursus yang ditaja oleh Perkeso bagi orang yang hilang pekerjaan. Kursus selama empat hari dan ada dua sesi tutorial kelas. Memang terbaiklah kursus ni. Detail sesangat. Puas hati!

Dalam kursus ni, fasilitator yang kami panggil Mr CY kata, TikTok adalah platform yang sangat bagus untuk branding diri buat masa sekarang. TikTok sangat laju dan mendapat tempat dalam pelbagai lapisan usia. Tua, muda , kebanyakannya suka tengok TikTok.

Kebetulan, CikYam sekarang ni dah empat hari aktif dalam TikTok. Tiap hari buat konten yang Cikyam rasa OK untuk ditonton. Dalam TikTok, CikYam fokus buat konten pasal penulisan dan sikit pasal kehidupan seorang isteri yang hilang pekerjaan.

MEMULA SUSAH GAK NAK EDIT VIDEO

Asalnya, CikYam buat akaun TikTok sebab bos masa kerja wartawan dulu suruh buat. Sebabnya, nak kena masukkan konten majalah dalam TikTok. So, CikYam pun bukaklah akaun TikTok. Tapi takde buat konten pun. Masa tu TikTok penuh video joget je.

CikYam tak berapa suka TikTok masa tu. Asal bukak je, dok berjoget la tak kira tua muda. CikYam pun suka-suka la ambik video anak. Berjoget-joget la anak CikYam dalam tu. Tapi sekarang, TikTok dah lain. Banyak info best-best.

Video memula dulu masa awal-awal bukak TikTok. Entah hapa-hapa konten CikYam buat.

Susah gak nak edit video dalam TikTok ni. CikYam ambik masa sejam lebih untuk muat naik video yang memula. Maksud CikYam video yang CikYam buat sebagai konten berkualiti ni la. Bukan video anak joget ni.

Tapi, orang kata, bila benda tu kita buat selalu, lelama jadi senang. Selagi tak cuba, selagi tu la akan rasa susah. Baru empat hari edit video kat TikTok, CikYam rasa enjoy. Hehe.

TIKTOK VIDEO PENDEK, TAK BOSAN

Bagi CikYam, TikTok ni sangat best sebab video dia pendek-pendek. So, tak perlu tunggu lama untuk habis tonton video tu. Berbeza la dengan Youtube yang kadang perlu ambil masa sampai 10 minit dan lebih untuk habiskan satu-satu konten.

Menonton video TikTok pun seronok sebab macam-macam info boleh kita dapat dalam durasi yang pendek. Info itupun disampaikan dengan cara sangat kreatif. Tak meleret. Pendek kata, best la.

So, kalau korang berminat nak tahu ilmu pasal penulisan, bolehlah follow TikTok CikYam. Insya-Allah CikYam akan konsisten buat video pasal penulisan yang pendek dan menarik kat TikTok.

Video pasal penulisan dan pengalaman hilang pekerjaan.
Pasal copywriting, tatabahasa dan penulisan.

TQ pada kawan seperjuangan, Hafizah Sabtu yang hantar WhatsApp kat CikYam dan bagitahu CikYam untuk beralih ke TikTok berbanding terus fokus buat konten kat facebook saja. Tiap hari, dia yang WhatsApp CikYam untuk naikkan semangat CikYam supaya aktif kat TikTok. Siap ajar cara nak buat video mudah.

Asalnya follower CikYam ada 40 je. Empat hari aktif buat video pendek, tengok-tengok follower ada 105 (masa artikel ni ditulis). Bukan follower yang CikYam kejar tapi nak rasa muda sebab aktif kat TikTok. Hahahahahaha.

Jejomsssss singgah TikTok CikYam.

LINK TIKTOK CIKYAM @maryamelyas

Klik Sini Untuk Terus Ke TikTok CikYam

Korang mesti suka juga entri ini >> 3 Tip Tenang Ketika Pandemik Dengan Cara Menulis