Dana Penulis PNM Perlu Dimanfaatkan Oleh Karyawan

Kalau kita seorang penulis, ada sesuatu yang perlu kita pandang serius iaitu Dana Penulis Perpustakaan Negara Malaysia (Dana Penulis PNM). Ini kerana, Dana Penulis PNM adalah satu inisiatif kerajaan kepada hak seseorang penulis terhadap karyanya.

Secara mudah untuk difahami, Dana Penulis ini adalah PNM beli buku melalui penulis itu sendiri dan bukannya penerbit.

Pada tahun 2007, empat buah buku CikYam di bawah Siri Melawat Malaysia telah diterbitkan. Pada tahun berikutnya iaitu 2008, empat buku CikYam ini mendapat Dana Penulis PNM. Jumlah pembelian hampir RM100,000.

Inilah empat buah buku yang berjaya dapat Dana Penulis PNM tahun 2008.

Sejarah Dana Penulis ini sebenarnya telah dimulakan pada tahun 2006 oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Ketika itu Menterinya, Datuk Seri Rais Yatim menegaskan bahawa dana ini diwujudkan sebab nak melindungi penulis daripada penerbit dan pengedar yang cuba mengaut keuntungan tinggi daripada karya penulis.

Jadi, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bekerjasama dengan Perpustakaan Negara Malaysia untuk menjayakan Dana Penulis. Pihak PNM akan membeli buku kita kemudian buku ini akan diletakkan di perpustakaan desa seluruh negara. Ada juga buku yang diletakkan di perpustakaan luar negara. Ikutlah kesesuaian yang difikirkan elok oleh PNM sendiri.

Kebiasaannya buku dibeli sebanyak 25 naskhah. Tapi apa-apa pun, terpulang pada rezeki masing-masing. Penulis yang kena mohon dana ini dan bukannya penerbit.

CARA PERMOHONAN

Macam mana penulis nak memohon Dana Penulis PNM?

Permohonan dibuka sepanjang tahun. Kalau korang ada buku, hantarkan permohonan Dana Penulis PNM ke pejabat PNM sendiri.

1) Caranya tulis surat permohonan. CikYam sertakan contoh surat untuk korang memohon dana ini.

Tulis surat macam ni tau.

2) Bagi satu naskhah kepada PNM untuk mereka nilai karya anda.

KALAU TERPILIH, SETERUSNYA?

Seterusnya, kalau karya korang terpilih untuk menerima Dana Penulis, anda akan dapat surat tawaran. Seronok sungguh time ni!

Akan ada satu borang perlu dikembalikan dalam masa dua minggu tarikh surat tawaran tu. Dalam surat tu akan ada jumlah nashkah yang dibeli. Jadi korang kenalah ready sejumlah buku yang perlu diserahkan kepada PNM.

Macam CikYam dulu, disebabkan buku CikYam tu diterbitkan oleh pihak penerbit, maka CikYam serahkan segala proses mencetak buku kepada penerbit. CikYam beli buku daripada penerbit dengan dengan harga penulis. Selebihnya adalah untuk CikYam dan seorang penulis bersama dengan CikYam iaitu Nurul Syair.

KALAU GAGAL, MACAM MANA?

Seandainya permohonan korang gagal, PNM tetap akan hantar surat mengatakan permohonan korang gagal. So, jangan sedih, cuba lagi tahun depan ya.

Akhir kata, jomlah kita menulis menghasilkan karya yang bagus-bagus untuk tatapan seluruh masyarakat. Buku yang bagus pastinya menarik perhatian pihak PNM. Tak semestinya buku bacaan umum. PNM ada kriteria buku yang mereka perlukan untuk menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang tinggi budaya membaca.

Jom baca juga entri ini > https://maryamelyas.my/storytelling-menjual-tapi-tak-nampak-menjual-macam-mana-nak-buat-ini-5-step-korang-kena-tahu/