Storytelling Menjual Tapi Tak Nampak Menjual, Macam Mana Nak Buat? Ini 5 Step Korang Kena Tahu

Storytelling adalah salah satu cara menulis copywriting. Macam mana ya cara nak menulis copywriting yang sebenarnya kita nak jual produk tapi tak nampak macam menjual? Ada banyak cara sebenarnya. Tapi CikYam share satu saja ya kat entri ni. Esok-esok CikYam share lagi.

Dalam penulisan iklan (copywriting), kita masih boleh mengolah corak penulisan supaya tak nampak menjual. Orang sebenarnya tak suka baca iklan sebab dia akan rasa macam disuruh membeli. Jadi penulisan iklan yang diolah jadi penceritaan selalu lebih berjaya menarik pembaca.

CikYam faham, kita menulis iklan supaya orang baca. Bila orang baca, mesej kita akan sampai. Kan?

JUAL TAPI TAK NAMPAK MENJUAL

Satu cara paling mudah nak buat ayat iklan secara storytelling adalah dengan bercerita tentang manfaat yang kita dapat daripada produk tu. Satu contoh CikYam yang bagi. Misalnya kita nak cakap pasal benda simple je iaitu bibir kering dah tak kering lagi.

Kalau ada gambar masalah, boleh letak dalam teks copywriting korang.

1) CERITA KESAKITAN DULU

Korang, dulu kan, bibir saya ni kering teruk. Boleh tengok kat gambar ni macam mana dia punya kering tu. Sampai terkopek berdarah tau. Dia punya perit tu jangan ceritalah. Pedih sampai menyentap tangkai hati.

Paling saya sakit hati, bila suami pun kata bibir saya nampak teruk sangat. Dia suruh saya cari sesuatu untuk hilangkan kulit bibir yang terkopek-kopek tu.

2) CERITA KESAN SAKIT TU MACAM MANA

Saya langsung tak boleh nak sapu lipstik atau lipbalm pun kat bibir ni. Sebab kalau disapu, bukan makin cantik. Tapi makin teruk.

Kesan bibir kering ni, saya sampai malu nak berjumpa orang. Kerja saya ni dahlah selalu jumpa orang. Macam manalah saya nak ada keyakinan diri bila berdepan dan bercakap dengan orang. Malunya saya. Sampaikan ada yang tegur kenapa dengan bibir saya tu.

Tiap kali saya minum atau makan, saya kena ekstra berhati-hati. Tak boleh minum air panas, tak boleh makan pedas. Saya terpaksa lupakan kopi kegemaran saya dan juga nasi goreng kampung serta sambal udang yang menggoda selera. Arghhhhhh!

3) CERITA APA YANG CUBA DIBUAT UNTUK HILANGKAN SAKIT

Saya cuba petua orang lama. Katanya sapu madu dan gula. Gosok di bibir madu dan gula tu. Saya cubalah buat. Fuhhhhh boleh tahan jugak pedihnya. Masa gula pasir yang kasar tu kena kat luka-luka tu. Kemain pedih weh.

OKlah, kulit bibir yang kering tu ada jugak yang terkopek. Bibir jadi lebih halus. Tapi kemudian, bibir kering tu kembali berulang. Masih terkopek dan berdarah. Tak selesa. Saya stres!!!!

4) CERITA PENEMUAN PADA PENYELESAI MASALAH

Saya cuba sapu serum kat bibir ni. Yelah, nak sapu lipbalm pun tak boleh sebab jadi tambah teruk. Walaupun serum ni untuk kulit muka, tapi saya cuba jugak sapu sikit kat bibir.

Saya tengok serum ni ada kesan antiradang. Manalah tahu kan bibir saya ni kering sebab meradang ke apa. Serum ni ada kandungan minyak argan. Setahu saya, minyak argan kan bagus untuk kulit. Bibir saya ni pun yang kering kulit dia. So saya cuba je sapu.

Tiap pagi, saya sapu serum. Lepas solat, saya sapu lagi. Malam nak tidur, orang pakai krim malam, saya pakai serum kat bibir.

5) CERITA KESAN PADA PENEMUAN

Lepas saya konsisten pakai serum tu kat bibir, saya terkesima tengok kesannya. Yelah, kulit bibir saya yang kering-kering tu dah jadi tambah lembap. Yang terkopek dan berdarah tu dah kembali elok. Nampak bibir saya dah OK sesangat.

Bila saya makan atau minum, bibir dah tak rasa pedih. Satu lagi yang paling best, suami pun tegur bibir dah cantik. Saya pun dah tak segan nak jumpa orang time kerja. Keyakinan diri naik setinggi Gunung Everest! Yahoo!

OK, dapat tak?

Ayat iklan macam ni, tak perlu tuliskan nama produk. Cerita saja pun dah mencukupi. Penulisan macam ni adalah untuk timbulkan tanda tanya pada pembaca. Serum apa yang digunakan? Kalau entri tu dibuat di media sosial, biarkan mereka bertanya di bahagian komen.

Sebagai memanjangkan lagi kesinambungan, boleh juga kopipes link entri tu dan up di entri baru dengan gambar selfie anda dengan produk tersebut.

So, kesimpulannya, anda cuma bercerita sahaja. Pembaca yang berminat dengan produk tersebut sebab mereka ada masalah yang sama dengan anda. Lagi bagus kalau kisah kesakitan tu kita sendiri alami. Macam CikYam, CikYam memang alami masalah bibir kering terkopek dan berdarah ni. So, gambar kat atas tu memang gambar bibir CikYam sendiri.

Serum yang CikYam pakai tu memang CikYam pakai dan selesai masalah bibir kering CikYam. Nak tahu serum apa? Ini dia…

Inilah dia serumnya.

Sekian, jumpa lagi dalam entri seterusnya.

KORANG MESTI SUKA JUGA BACA ENTRI YANG INI>>

1 RAHSIA TEKNIK TULIS STORYTELLING DIBONGKAR