Coretan 4: “Aku Tak Nak Menulis Lagi.”

CikYam ialah seorang wartawan yang telah hilang pekerjaan selepas bergelumang dalam dunia media massa selama lebih 16 tahun. Pada usia 40-an, CikYam panik apabila terpaksa berdepan dengan situasi hilang pekerjaan, hilang gaji dan hilang maruah diri.

CikYam ambil kesempatan untuk mencoretkan kisah hidup selepas dua tahun hilang pekerjaan. Susah payah, derita dan bagaimana CikYam lalui kehidupan bersama suami OKU dan dua anak yang masih kecil berusia antara 4 tahun dan 6 tahun ketika CikYam diberitakan hilang pekerjaan.

Inilah coretan ke-4:

Bergelar wartawan yang diberhentikan kerja, sedikit sebanyak maruah CikYam terasa jugaklah letaknya di kaki. Beza dengan mereka yang memang resign atas kehendak sendiri.


“Ala, kau diberhentikan bukan sebab disiplin, sebab pandemik. Bukan kau sorang kena buang kerja, ramai Yam.” Ramai kata begini. Tapi biasalah, penulis ni jiwanya halus. Sentap, koyak, ketika memula terpinggir tu tetap ada.


Satu tempat yang CikYam tak boleh pergi adalah kedai terutamanya di kedai buku. Tengok buku apatah lagi kalau buku sendiri, rasa sebak sesangat. CikYam tak mampu nak berada dalam suasana yang seperti di office. Ada buku, ada majalah. Semuanya mengundang air mata. Kang mulalah air mata bergenang, hidung berair.

Ah, bosannya bila mengenang kembali momen yang hitam pekat tu.

CikYam tak sanggup dah berkurung dalam bilik sampai anak sendiri pun takut tengok mama dia bermuram durja. Mr Mama pun sampai takut nak dekat.

Bagi CikYam majalah dan buku biarlah hanya jadi kenangan. Pandailah CikYam bawa diri.


“Aku tak nak dah berada dalam dunia majalah, aku tak nak dah berada dalam dunia buku! Aku tak nak dah menulis!” jerit CikYam sendiri.


Tapi kan, itulah kata orang. Jangan berjanji ketika gembira dan jangan buat keputusan ketika emosi tak stabil. Ternyata sampai sekarang CikYam masih dalam dunia penulisan. Nyatanya, kemahiran inilah yang sampai sekarang selepas dua tahun hilang pekerjaan yang masih dapat menyara keluarga.


Gambar dengan dua buah buku CikYam. Koleksi cerpen kanak-kanak terbitan Buku Prima, Grup Buku Karangkraf. Kenangan manis.

JURNAL PENULISAN

Apa itu Jurnal Penulisan?

Ini adalah satu ikhtiar yang CikYam gunakan untuk cuba menulis kisah hidup CikYam sendiri dalam bentuk manuskrip dan akhirnya boleh diterbitkan sebagai sebuah buku. Daripada buku Jurnal Penulisan inilah CikYam coretkan perjalanan demi perjalanan CikYam berdepan dengan situasi hilang pekerjaan.

Nak coretkan kisah anda sendiri? Jom dapatkan Jurnal Penulisan di sini (NAK JURNAL PENULISAN)

LINK CORETAN TERDAHULU

Baca juga: Coretan 1

Baca juga: Coretan 2

Baca juga: Coretan 3

Support CikYam di facebook: CORETAN 1

Support CikYam di facebook: CORETAN 2

Support CikYam di facebook: CORETAN 3

Support CikYam di facebook: CORETAN 4