Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

CikYam, Penceramah Penulisan Kreatif untuk Kakitangan Kementerian Dalam Negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn

Siapa sangka, selepas bertahun-tahun sebagai wartawan, kini CikYam adalah penceramah penulisan yang diikitiraf. Teknik penulisan kreatif memang amat penting pada hari ini kerana pembaca semakin selektif mengenai bahan bacaan. Kita perlu akui bahawa manusia memang suka baca sesuatu yang menarik dan tidak terlalu rasmi bagaikan buku teks. Kecuali bagi mereka yang ingin menamatkan pengajian akademik, terpaksalah membaca sesuatu yang informatif. Jadi, bagi penulis, kita perlu akui, teknik menulis secara kreatif perlu dikuasai.

CikYam ketika menyampaikan ceramah dalam Kursus Penulisan Kreatif.

Atas dasar inilah, Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang beribu pejabat di Putrajaya, memanggil CikYam dan dua lagi penceramah dari Modachi Sdn Bhd untuk membuat sesi pemindahan ilmu selama dua hari dalam Kursus Penulisan Kreatif. Pada 30 dan 31 Oktober 2023, kami anjurkan kursus di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) untuk 60 orang kakitangan KDN.

CikYam dan penceramai lain bersama kakitangan KDN bergambar sebelum sesi kursus bermula.

Dalam sesi ini, setiap penceramah menyampaikan dua modul. CikYam sendiri menyampaikan modul Penulisan Buletin dan Gaya Rencana Dalam Penulisan Buletin. KDN mahukan kami fokus kepada penulisan laporan tahunan, penulisan buletin dan juga penulisan kapsyen serta pengurusan media sosial.

Di bawah ni, CikYam sertakan atur cara kursus.

Sesi pada hari pertama.
Sesi pada hari kedua.

Bulan Ogos 2023, CikYam telah diiktiraf sebagai Jurulatih Bertauliah oleh HRD Corp. Kursus selama lima hari ini telah menjadikan CikYam memahami konsep adult learning. Justeru, memudahkan CikYam untuk menyampaikan ilmu dengan lebih berstrategi.

Jom kita lihat gambar sepanjang kursus selama dua hari ini.

Bilik conference di BACC ni sangat sesuai untuk kelas untuk 60 peserta. Sebagai penceramah penulisan, CikYam puas hati dengan segala kemudahan yang ada.
Puan Eliza menyampaikan dua modul berkaitan dengan Penulisan Laporan Tahunan.
Encik Rosli, menyampaikan modul berkaitan dengan Penulisan Kapsyen dan Pengurusan Media Sosial.
Kaki CikYam tak boleh rapat sebab masa ni CikYam alami masalah lutut. Namun tetap semangat untuk berkursus!
It’s awrappppp! Hari last berkursus. Semua happy sebab nak minum petang dan bersurai selepas kepala penuh dengan ilmu baru yang disampaikan. Semoga bermanfaat!

ANDA PERLUKAN PENCERAMAH PENULISAN MENGENAI KONTEN?

Jika organisasi anda perlukan sebarang kursus untuk pengisan konten sama ada teks, laporan, gambar atau video, boleh hubungi CikYam ya.

KLIK SINI UNTUK SEBARANG URUSAN KURSUS

[/et_pb_text][/et_pb_column] [/et_pb_row] [/et_pb_section]

Read More

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top