3 Tip Tenang Ketika Pandemik Dengan Cara Menulis

CikYam selalu tanya pada diri sendiri, untuk apa aku menulis? Untuk nama? Untuk orang puja? Atau untuk apa? Persoalan tu selalu bermain-main dalam kepala. Sampailah CikYam buat keputusan bahawa CikYam menulis untuk cari ketenangan.

Apatah lagi dalam keadaan pandemik sekarang ni. Ketika orang semakin ramai yang tertekan, maka kita carilah cara untuk menenangkan diri. CikYam ambil pendekatan berasa tenang dengan cara menulis.

Ada banyak cara untuk tenangkan diri. Ada yang menonton drama atau movie luar negara. Sanggup pasang Netflix di rumah. Ada yang suka masak. Macam-macam ahli keluarga dapat nikmati atas meja makan. Jiran pun dapat merasa. Bagus kan?

CikYam pilih menulis. Kalau tak menulis di blog ini, CikYam menulis juga di facebook. Selain tu, sebagai ghost writer atau penulis upahan, CikYam menulis untuk klien. Dapatlah duit upah untuk sara hidup lepas dah hilang pekerjaan ni kan?

Macam mana CikYam menulis dengan tenang supaya hidup lebih bahagia?

menulis
Penulisan juga boleh memberikan ketenangan. Syaratnya, tulislah yang bermanfaat.

1) MENULIS SESUATU YANG BERMANFAAT

Banyak benda yang bermanfaat di sekeliling kita. Tulislah kisah itu. Tulis yang bermanfaat supaya kebaikannya tetap boleh didapati oleh ramai orang. Manalah tahu, kita pergi meninggalkan dunia ini, tulisan bermanfaat itulah yang boleh mengalirkan pahala untuk kita secara berpanjangan.

Misalnya, menulis mengenai resipi sihat. Manfaatnya, orang ramai dapat idea untuk masak hidangan sihat. Kan bagus tu kan?

Boleh juga tulis mengenai cara menjahit pakaian yang koyak secara mudah. Jadi, orang ramai boleh dapat tahu cara macam mana nak jahit pakaian koyak tanpa perlu keluar rumah dan hantar ke tukang jahit. Bermanfaat kan?

2) JANGAN KEPOH PASAL ORANG LAIN

Elaklah menulis sesuatu yang tidak baik mengenai orang lain. Terlalu banyak penulisan yang mendedahkan aib orang lain ditulis oleh mereka yang berkapasiti hebat. Hal ini sangat perlu dielakkan kerana boleh mengundang lebih banyak keburukan pada masa akan datang.

Fokuslah pada sesuatu yang membawa kebaikan. Banyak sesangat yang boleh kita jadikan bahan penulisan berbanding fokus pada aib orang lain.

Untuk apa kita menulis pasal aib orang lain? Adakah kerana mahu menaikkan diri sendiri? Pernah tak korang dengar kata-kata hikmat ‘naiklah tanpa menjatuhkan orang lain‘.

Jadi, elakkanlah menulis mengenai orang lain. Gossip ke, apa ke, tak bagus. Semuanya mengundang syak wasangka dan menyebabkan fitnah jika apa yang kita tulis itu tidak betul.

3) JANGAN MENULIS 3 PERKARA NI

Apabila kita ingin menulis demi ketenangan, elaklah tiga perkara ini. Apa dia? Ingat singkatan ini S.R.P.

SRP ni bukan Sijil Rendah Pelajaran tau. Sebut SRP teringat pulak pasal exam masa tingkatan tiga dulu. CikYam ialah generasi terakhir yang menduduki peperiksaan SRP. Tahun 1992. Lepas tu, takde dah SRP sebaliknya digantikan dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

SRP yang hendak CikYam bagitahu korang kat sini adalah:

S = Seks
R = Religion (agama)
P = Politik

So, untuk hidup lebih tenang, elaklah menulis mengenai hal ini. Kenapa tak boleh tulis pasal seks? Sebab tak ada faedahnya kecuali kalau pendidikan seksual.

Mengenai agama pula, usahlah menulis artikel yang memecahbelahkan penganut satu-satu agama. Jika artikel itu bercorak keagamaan yang membawa kepada kebaikan, maka itu tak mengapa.

Politik pula, elaklah menulis mengenai politik yang keterlaluan. Memecahbelahkan penyokong satu-satu parti sehingga berbalah tak tentu hala.

Tenang ke kalau menulis sebegini? bagi CikYam, sangat tidak tenang. Selain konten atau pengisian yang tidak bermanfaat, penulisan sebegini juga sangat tidak kena dengan jiwa CikYam.

CikYam pilih menulis untuk ketenangan diri. Pandemik sangat menekan perasaan. Terkurung dalam rumah. Hidup jadi bosan. Jadi, carilah sesuatu yang bermanfaat untuk kehidupan yang lebih membahagiakan.

CikYam di TikTok. Jom tengok!

Video pasal cara nak tulis copywriting rekrut >> KLIK SINI

Korang mesti suka juga baca entri ini >>

Contoh Copywriting Lipmatte Simple Tapi Best