Cabaran Menulis Naskhah Dari Zaman Mensia
Dalam entri kali ni, CikYam nak tulis pasal cabaran menulis naskhah Dari Zaman Mensia.
Tapi sebelum tu, CikYam nak jerit dulu. Yeahhhhh! Nampaknya buku antologi Dari Zaman Mensia dah sampai ke peringkat akhir. Bakal terbit insya-Allah awal tahun depan. Jadi, CikYam ingin buka prapesanan atau lebih glamer orang sebut pre order. Harga sangat istimewa kalau korang tempah berserta bayaran.
Harga asalnya RM45 tapi sehingga 19 Disember ini, harga buku Dari Zaman Mensia ni cuma RM35 sahaja. Maknanya jimat RM10. Best kan? Nak tempah, KLIK SINI.
INSAN DI SEBALIK DARI ZAMAN MENSIA
Siapa di sebalik buku Dari Zaman Mensia ni?
APAKAH ITU DARI ZAMAN MENSIA?
‘MENSIA’ bahasa Sarawak yang membawa maksud dulu-dulu.
Menurut kata Ketua Projek, Norudin Draman atau lebih dikenali sebagai Ustaz Cahaya, walaupun buku ini berkisar mengenai Sarawak, tapi cuma 20 peratus saja iaitu lima daripada 25 penulisnya dari Bumi Kenyalang tu. Selebihnya adalah seperti berikut:
JOHOR (7 PENULIS)
KEDAH (4 PENULIS)
PERAK (3 PENULIS)
PAHANG (2 PENULIS)
SELANGOR (1 PENULIS)
NEGERI SEMBILAN (1 PENULIS)
KELANTAN (1 PENULIS)
TERENGGANU (1 PENULIS)
CABARAN MENULIS DARI ZAMAN MENSIA
Menulis apa-apa konten sekalipun, ada cabarannya yang tersendiri. Macam itu jugaklah apabila menulis naskhah Dari Zaman Mensia. Ini antara cabarannya.
1) TEKS PENDEK
Sejak dari bengkel penulisan anekdot ini lagi CikYam dah pesan kepada para penulis, anekdot memang susah sebab pendek. Sesuatu konten yang pendek, perlu ditulis dengan plot yang cepat capai klimaks dan dalam serba kependekan itulah, pembaca kena faham apa yang nak disampaikan.
2) TAK BOLEH OLAH SEMBARANGAN
Dari Zaman Mensia adalah naskhah bertemakan legenda, cerita rakyat dan sejarah. Kisah sebegini tidak boleh diolah sembarangan. Ini kerana legenda, cerita rakyat dan sejarah adalah satu kisah yang telah tercatat sejak dulu sebagai satu memori yang tersimpan lama.
Apatah lagi sejarah yang sememangnya satu kisah benar yang memang tak boleh diubah langsung.
Jadi, apa cabarannya untuk menulis Dari Zaman Mensia?
Menurut Ustaz Cahaya, Dari Zaman Mensia ditulis dengan tiga kaedah yang boleh menjadikan kisah-kisah yang terpilih itu segar seolah-olah diberi nafas baru. Tiga kaedah itu adalah:
1) Kaedah Refleksi
2) Kaedah Sudut Pandang
3) Kaedah Plot Twist
Cerita legenda, cerita rakyat dan sejarah Sarawak boleh diperoleh dari pencarian di Google. Ada banyak kisah menarik. Namun macam mana penulis nak olah jadikan kisah itu sebagai satu coretan kreatif khusus untuk dimasukkan dalam Dari Zaman Mensia?
Refleksi ni bermaksud penyatuan persembahan yang tak ada unsur penambahan. Tapi lebih kepada nak kukuhkan nilai didaktik atau pengajaran dalam cerita tu. Ini sesuai untuk kisah-kisah bertemakan sejarah. Sebabnya tak ada unsur tambahan jadi tak akan wujud sebarang plot yang mengubah jalan cerita.
Kaedah sudut pandang pulak, penulis perlu melihat satu kisah yang hendak ditulis melalui sudut pandang watak yang dipilih sebagai watak utama. Misalnya, satu legenda itu menjadikan watak A sebagai antagonis. Namun dari sudut pandang penulis, watak A mungkin seorang protagonis. Menarik, kan?
Plot twist pula memerlukan penulis jadi lebih kreatif. Ada unsur penambahan dalam cerita yang ditulis. Namun, masih mengekalkan watak dan perwatakan. Cerita rakyat dan legenda, boleh ditulis mengikut kaedah ini. Namun, tidak sekali-kali bagi cerita bertemakan sejarah.
3) MAJORITI PENULIS BELUM PERNAH SAMPAI KE SARAWAK
Imaginasi adalah perkara total dalam penulisan anekdot Dari Zaman Mensia. Tidak pernah jejakkan kaki ke sana namun penulis menggunakan imaginasi melalui pembacaan sahaja.
CikYam sendiri pun tak pernah ke Sarawak. Ada dua negeri di bawah bendera Jalur Gemilang yang CikYam belum pernah sampai iaitu Sarawak dan Perlis. So, nak tak nak, kenalah imaginasi dan cuba jadi kreatif seboleh mungkin.
PENGALAMAN SEBAGAI EDITOR
Seronok! Memang best baca kisah yang dikarang oleh semua 25 penulis dari Zaman Mensia. Walau ada antara mereka yang kali pertama berjinak-jinak dalam penulisan kreatif, namun bakat mereka sangat best!
Bagi CikYam, kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai kisah legenda, cerita rakyat dan sejarah Sarawak namun ditulis dalam bentuk kreatif, inilah buku yang patut korang dapatkan!
Tunggu apa lagi? Nak dapatkan Dari Zaman Mensia pada harga promosi prapesanan? >> KLIK SINI UNTUK ORDER
Baca juga >> Projek Penulisan Anekdot Antara CikYam dengan Spanner And Mascara.
https://maryamelyas.my/projek-penulisan-anekdot-antara-cikyam-dengan-spanner-mascara/