Projek Penulisan Anekdot Antara CikYam Dengan Spanner & Mascara

CikYam sekarang sedang menguruskan satu projek penulisan anekdot. Ketika mula-mula dilamar untuk bekerjasama dalam projek ni, CikYam sendiri tak pernah lagi menulis anekdot. Biasanya CikYam menulis cerpen atau artikel sahaja. Tapi, pernah membaca karya anekdot penulis lain.

Untuk projek anekdot Spanner & Mascara di bawah Qaf Buku, CikYam diberi kepercayaan untuk bertindak sebagai editor. Apa yang menariknya dengan projek anekdot Spanner & Mascara ni adalah, setiap penulis diberi penerangan dalam bentuk bengkel terlebih dahulu. Bagus, kan?

Kenapa penulis diberikan ilmu dalam bengkel terlebih dahulu? Sebabnya Spanner & Mascara mahu manuskrip yang ditulis menepati ciri-ciri yang dikehendaki. Maknanya, Spanner & Mascara memang sangat jelas dengan hala tuju karya yang akan dihasilkan.

BENGKEL PENULISAN ANEKDOT UNTUK ANTOLOGI

Bengkel selama sehari ini dah berlangsung pada 11 November lepas. Ada empat slot daripada team editorial anekdot Spanner & Mascara termasuklah CikYam. Setiap slot, penyampaian selama satu jam. CikYam sampaikan ilmu mengenai gaya penulisan. Tajuk slot CikYam adalah Seni Solekan Dalam Penulisan Anekdot dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

CikYam seronok juga masa menyampaikan ilmu tu. Yalah, lebih-lebih lagi pasal teknik dan gaya bahasa kan. Memang CikYam suka pasal benda ni.

Selain CikYam, ada ceramah daripada Mentor Penulisan dan pengasas Qaf Buku, Unstaz Norudin Draman, pensyarah UiTM Perlis, Dr Noraini Nasirun dan juga penulis buku, Zuraida Ab Rashid serta Farah Athirah yang telah menulis anekdot Di Kaki Serapi.

Cover slide presentation CikYam masa nak menyampaikan ilmu.
Gaya CikYam masa menyampaikan slot pasal penulisan anekdot. Hahahahaha.

APA ITU ANEKDOT?

Mengikut makna dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan anekdot adalah bermaksud kisah yang ringkas dan biasanya agak lucu tentang sesuatu kejadian (peristiwa).

Dari sini, kami mengadaptasikan makna ini dalam teks antologi yang bakal dihasilkan. Kisah anekdot ini memang ringkas-ringkas belaka. Penulis akan mencatatkan kisah anekdot dalam bentuk yang sangat ringkas tapi dengan unsur kreativiti yang sedap hendak dibaca.

TEMA ANEKDOT YANG BAKAL DIHASILKAN

Kebiasaannya, setiap buku antologi mempunyai tema tertentu. Maksudnya, setiap cerita itu daripada latar belakang tema yang sama. Tema anekdot Spanner & Mascara ini adalah cerita rakyat, sejarah atau mitos. Pilih salah satu dan garaplah cerita mengikut tema ini.

Insya-Allah, besar harapan kami untuk hasilkan buku antologi berkonsepkan penulisan anekdot pada tahun ini juga. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT.

Bagi korang yang berminat untuk menyelongkar dunia penulisan ataupun untuk sama-sama berada dalam circle individu yang minat menulis, CikYam jemput ke group facebook Spanner & Mascara. Insya-Allah selepas ini akan lebih banyak projek penerbitan buku akan dilaksanakan. Jumpa kat sana yeh. Klik je link kat atas tu ye untuk join.

Grup penulisan yang best!