Buku PROWRITER, Panduan Untuk Penulis Upahan, Ghost Writer Jadi Lebih Profesional

Masalah penulis upahan pada hari ini adalah tiada panduan untuk menjadikan kerjaya mereka lebih profesional. Misalnya tidak tahu hendak meletakkan caj, tidak tahu cara menjenamakan diri supaya mudah dikenali oleh pelanggan, tidak tahu cara untuk meningkatkan kredibiliti sebagai penulis upahan profesional.

Bagi yang mungkin tidak tahu, penulis upahan atau ghost writer ialah individu yang menulis bagi pihak orang lain. Nama penulis upahan tidak diletakkan pada karya yang ditulis sebaliknya nama orang yang mengupahnya yang diletakkan pada karya tersebut.

Kerjaya sebagai penulis upahan semakin hari semakin mendapat sambutan kerana ramai individu yang memerlukan konten. Kekangan seperti tiada idea dan tiada masa untuk menulis, membuatkan ramai individu mengupah penulis upahan untuk menulis bagi pihak mereka.

CikYam sendiri menjadi penulis upahan secara sepenuh masa sejak Januari 2021. Selama dua tahun menjadi penulis upahan sepenuh masa, CikYam boleh nampak bahawa khidmat penulis upahan amat diperlukan pada hari ini. Pun begitu, CikYam tercari-cari satu buku yang khusus untuk memandu arah kerjaya sebagai penulis upahan ini kepada satu tahap yang boleh dibanggakan.

INILAH DIA BUKU PROWRITER!

Buku PROWRITER diterbitkan pada Oktober 2023.

Hari ini, selepas ‘matang’ dalam dunia sebagai penulis upahan, CikYam tampil dengan buku PROWRITER: Jalan Pintas Jadi Penulis Upahan. Buku ini CikYam muatkan pengalaman bekerja sebagai wartawan selama 16 tahun. Panduan penulisan rencana, panduan membuat intro dan juga penutup rencana ada CikYam muatkan.

APA ADA DALAM BUKU PROWRITER?

Buku ini mempunyai 16 bab yang menceritakan mengenai penulisan secara terperinci.

BAB 1: Penulis Profesional Zaman Kandungan Digital
BAB 2: Permintaan Khidmat Menulis Semakin Meningkat
BAB 3: Bidang Penulis Profesional
BAB 4: Sia[a Penulis Profesional?
BAB 5: Tetapkan Objektif Penulisan Anda
BAB 6: Prinsip Asas Penulisan Rencana
BAB 7: Rahsia Tajuk Yang Berkesan
BAB 8: Panduan Penulisan Ayat Iklan (copywriting)
BAB 9: Panduan Penulisan Karya Kreatif
BAB 10: Kesalahan Tatabahasa Yang Kerap Berlaku
BAB 11: Penulisan Di Media Sosial
BAB 12: Menerapkan Elemen Penceritaan Dalam Naskhah Kreatif
BAB 13: Penjenamaan Penulis Profesional
BAB 14: Panduan Tingkatkan Kemahiran Menulis
BAB 15: Penulis, Sesuaikan Dirimu
BAB 16: Penulis Dan Pelanggam
Penutup

Buku ini setebal 185 muka surat. Dijual di pasaran pada harga RM79 sahaja.

Antara kandungan dalam buku PROWRITER.

APA KATA PEMBACA?

Sebagai penulis buku ini, CikYam amat menghargai sebarang komen daripada pembaca. Komen-komen positif menjadikan CikYam terharu dan CikYam mengharapkan pahala daripada Allah SWT kerana CikYam memanjangkan ilmu yang CikYam ada kepada mereka yang ingin menambah ilmu dalam bidang penulisan.

Jom kita lihat apa komen pembaca.

Buku panduan terbaik untuk mereka yang nak jadi penulis pro.
Buku ni ada aurat kuat!
Rasa ‘penuh’ apabila baca buku PROWRITER kerana banyak ilmu yang CikYam kongsikan.
Dapat jawapan yang hendak diketahui selama ini selepas baca buku PROWRITER.
Buku yang dicari-cari oleh ramai penulis pemula.
Ilmu copywriting ada! Ilmu penulisan kreatif pun ada! Berbaloi beli buku ni.

ANDA PERLUKAN BUKU PROWRITER?

Buku PROWRITER fokus kepada menaikkan kredibiliti seseorang sebagai penulis profesional.

Klik sahaja link NAK BELI BUKU PROWRITER. Terus boleh buat pembelian.

Maryam Elyas, penulis buku PROWRITER.