Macam Mana Ghost Writer Mudahkan Urusan Geng Mak Bisnes?

Siapa Geng Mak Bisnes? Mereka ini ialah golongan wanita yang sudah berkahwin dan ada buat bisnes secara online. Sebagai seorang surirumah ataupun wanita bekerja yang ada buat bisnes, satu halangan yang paling besar adalah pengurusan masa.

Cakap pasal nak urus masa, CikYam sangatlah memahami masalah korang. Sebab apa? Sebab CikYam pun seorang surirumah. Dah dua bulan CikYam jadi surirumah sepenuh masa. Memang stress nak urus rumahtangga dan buat bisnes dalam satu masa.

Mana nak kemas rumah, masak dan uruskan kain baju. Paling menduga jiwa, nak layan anak, kan? Baru nak jawab WhatsApp prospek, anak dah nangis bergaduh adik kakak. Gitulah kita geng mak-mak ni.

Hari-hari geng mak bisnes kena buat kerja rumah.

Kalau wanita yang bekerja pulak, CikYam faham apa dugaan mereka ni. Sebab CikYam pun sebelum hilang pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19 ni, CikYam ialah seorang wartawan. Bukan sekejap, tapi 16 tahun jadi wartawan. Haaa lama kan?

Sebab itulah CikYam boleh faham masalah surirumah atau wanita bekerja dalam bab pengurusan masa bila ada buat bisnes online ni. Faham sesangat.

APA MASALAH GENG MAK BISNES?

Daripada pemerhatian CikYam, masalah utama geng mak bisnes adalah pengurusan masa. Peruntukan masa sangat terhad. Kita ada banyak benda nak diselesaikan dalam sehari. Celik je mata, semua benda nak kena settle kan?

Dulu anak belajar kat sekolah. Sekarang belajar kat rumah. Bertambah kerja geng mak-mak.

Pagi, nak urus kelas online anak sekolah. Glamer nama PDPR kan? Tahu tak nama penuh PDPR tu apa? Ni ha Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah. Pening geng mak bisnes kan? Anak nak guna gajet. Tak ada laptop. Terpaksalah telefon mak digunakan untuk anak belajar.

Dah kalau telefon mak digunakan oleh anak untuk sesi PDPR, macam mana mak nak guna untuk bisnes?

Korang, meh CikYam nak bagitahu korang ni. Sebahagian besar masalah korang tu boleh dibantu oleh ghost writer.

MACAM MANA GHOST WRITER BANTU GENG MAK BISNES?

Apabila buat bisnes online, satu benda yang sangat penting adalah konten. Kita perlukan konten untuk kita update media sosial kita. Tak kiralah sama ada facebook atau instagram. Begitu jugalah blog, portal atau website. Kaedahnya sama sahaja iaitu pengisian konten.

Kalau kita geng mak bisnes yang serius untuk berbisnes, kita perlukan banyak konten. Konten ini fungsinya adalah untuk promosi produk dan juga menaikkan kredibiliti kita sebagai seorang yang buat bisnes online. Media sosial itu semua umpama kedai kita. Apa konten kita nak isi?

CikYam percaya korang semua takkan nak isi konten sembarangan di kedai online korang, kan?

Di sinilah sebenarnya korang perlukan khidmat ghost writer. CikYam ialah seorang ghost writer. Kerja CikYam memang menulis. CikYam boleh bantu mudahkan urusan bisnes korang. Serahkan pada CikYam. Katakan sahaja konten macam mana yang korang nak, insya-Allah CikYam boleh buatkan.

IMPIAN GENG MAK BISNES TERCAPAI

Apa impian geng mak bisnes? Nak berbisnes dengan suasana santai. Tak serabut. Media sosial diupdate dengan sempurna. Konten dah tersedia.

So, apabila korang gunakan khidmat CikYam, korang boleh ada banyak masa untuk buat benda lain yang tak kurang pentingnya. Korang boleh layan prospek, boleh fokus closing, boleh buat follow up. Bisnes korang pun makin berkembang. Kan?

Nak khidmat ghost writer untuk konten media sosial korang? Ini servis yang CikYam tawarkan. Klik mana-mana link yang anda selesa. Kita bekerjasama:
WhatsApp: +60122623977
E-mel: cikyamcreative@gmail.com
Facebook Personal: Maryam Elyas
Facebook Page: Puan Maryam Elyas

ANDA PASTI SUKA JUGA BACA ARTIKEL NI