2 Top Secret Pengaruhi Psikologi Pembeli Dengan Iklan Kita

Umpama mencurah air ke daun keladi.

Kalau tengok peribahasa kat atas tu, maknanya sesuatu perbuatan yang sia-sia. Nak ke buat sesuatu yang sia-sia misalnya buat iklan? Penat-penat buat iklan tapi tak ada respon. Apatah lagi kalau iklan berbayar. Duit hangus, untung tak ada. Sadis!

Iklan adalah salah satu cara marketing yang sangat berkesan. Tanpa iklan, produk kita tidak akan dikenali. Jika produk yang telah lama di pasaran pun, mungkin lama-lama produk itu boleh jadi dilupakan jika tidak terus diiklankan. Secara mudahnya, kita boleh lihat bagaimana produk makanan segera misalnya McDonalds masih tetap iklankan produk mereka dari dulu hingga kini.

Pun begitu, iklan yang dikatakan berkesan adalah iklan yang boleh pengaruh psikologi manusia. Kenapa ya kita kena buat iklan yang pengaruh psikologi manusia? Jom CikYam share apa sebabnya. Manusia membeli sesuatu barang adalah sebab terpengaruh dengan iklan. Terpengaruh tu maksudnya tindakan daripada psikologi. Sebab tu, kita kena buat iklan yang boleh pengaruh psikologi pembeli.

CikYam share dua top secret macam mana nak pengaruh psikologi pembeli dengan iklan kita.

1) Pengaruh Psikologi Guna Gambar

Gambar iklan kena cantik dan ada strategi.

Gambar yang cantik saja tak memadai. Namun kita perlu letakkan gambar yang betul dalam iklan supaya lebih berkesan. Ada produk yang meletakkan gambar model lebih besar berbanding gambar produk. Kenapa? Ini jika model itu mempunyai pengaruh besar yang mampu menarik orang ramai untuk beli produk kita. Contohnya, ada syarikat syampu gunakan gambar bayi untuk produk syampunya padahal itu bukan untuk bayi.

Secara psikologinya, manusia memang suka tengok gambar bayi terutama golongan ibu-ibu. Mereka mungkin tertarik kerana kecomelan atau menyangka ada produk baru untuk bayi. Jadi, tidak sia-sia buat iklan apabila iklan itu berjaya menarik perhatian. Apatah lagi syampu itu memang dibuat untuk golongan wanita. Kiranya macam serampang dua mata.

2) Pengaruh Psikologi Guna Ayat

Ayat kena power. Keyword kena betul.

Secara psikologi, manusia memang cepat terpesona dengan ayat power. Jadi kita kena guna ayat yang boleh tackle jiwa pembeli.

Contohnya ayat yang merujuk kepada sesuatu yang boleh beri result dengan cepat. Jadi, selain gambar, gunakan keyword yang mudah tarik perhatian mereka. Contohnya keyword murah, pantas, jimat dan berbaloi.

  • Jualan murah!
  • Belian jimat!
  • Berbaloi-baloi.
  • Hilang 5kg sepantas 7 hari

Bermain dengan angka adalah salah satu yang boleh pengaruh psikologi pembeli.

Contohnya, diskaun 70 peratus lebih menarik berbanding diskaun 15 peratus. Tunjukkan value yang boleh mereka dapat misalnya jaminan pulangan wang jika tiada kesan dalam masa dua minggu. Biasanya iklan sebegini lebih mudah pengaruh psikologi pembeli berbanding iklan yang lebih tonjolkan ciri-ciri produk.

Kesimpulannya, fikirkan apa lagi faktor yang boleh pengaruh psikologi pembeli untuk menjadikan iklan anda berkesan.

Korang mungkin suka juga artikel yang ini >

Storytelling menjual tapi tak nampak menjual