Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Ikhtiar Redakan Emosi Dengan Minyak Pati Young Living

Facebook
Twitter
LinkedIn

Lama jugak CikYam intai-intai pasal minyak pati Young Living ni sebenarnya. Kenapa lama sangat intai? Tak lain tak bukan sebab harga. Ya, CikYam akui la Young Living ni mahal sungguh bagi orang yang tak berapa berduit macam CikYam ni.

Selalu gak nampak geng kat fesbuk yang bergelar mak-mak ni pasang diffuser bentuk owl tu. Lelagi yang baru bersalin. Ya, geng mak-mak lepas pantang elok sesangat pasal diffuser minyak pati sebab boleh bantu redakan emosi tertekan.

CikYam memang suka bau-bau minyak pati macam dalam spa. Kan kalau kita masuk spa, terus bau sedap kan? Biasanya mereka akan pasang diffuser atau lilin aromaterapi. Sebab tu bila masuk spa je, terus rasa tenang dengan bau sedap.

Bertahun-tahun bekerja pejabat, tetiba hilang pekerjaan, jadi surirumah memang buat CikYam terkesan dari segi emosi. Januari 2022, genap setahun CikYam hidup dalam keadaan tertekan. Dengan dua anak kecik, dengan masalah kewangan, dengan CikYam pernah positif COVID-19, memang bukan sikit la tekanan perasaan tu.

Sikit demi sikit, CikYam kumpul duit nak beli diffuser Young Living. CikYam tak tahu brand lain. CikYam cuma tahu brand Young Living je sebab masa CikYam kerja dulu, ada beberapa officemate yang pasang diffuser ni kat meja diorang.

Kebetulan, ada iklan beli starter kit terus dapat jadi member. CikYam pun tak tunggu lama dah untuk beli. Bukan nak membazir duit, tapi sebab CikYam rasa perlu ada benda ni kat rumah untuk tenangkan emosi.

YOUNG LIVING SAMPAI DEPAN PINTU

Hari ni, set Yong Living yang CikYam order sampai depan pintu. Happy tak terkata.

Ada 10 minyak pati pelbagai aroma.

RUANG KECIK LEBIH EFEKTIF

Starter kit Young Living ni ada memacam jenis ikut pada jenis diffuser dia. Diffuser tu berbeza pada fungsi dan kegunaan dia. CikYam punya jenis Sweet Aroma Ultrasonic. Ini adalah diffuser paling murah dalam range Young Living. Dia cuma untuk diffuse dan ada lampu. Mod diffuse pun cuma 2 mod saja. Seminit diffuse, seminit stop. Kalau diffuser lain, ada la tambahan. Misalnya untuk bloutooth dan boleh pasang lagu. Lagu zikir time nak tidurkan anak, misalnya.

CikYam pasang kat meja kerja dalam bilik.

Diffuser Sweet Aroma ni kecik. So ruang lingkup untuk menyebarkan asap tu tak besar. Sesuai untuk pakai kat dalam bilik tidur. Maknanya kalau pakai kat bilik tidur tu, manfaatnya lebih efektif la berbanding pasang kat ruang besar macam ruang tamu tu. Kalau nak pasang kat ruang tamu, pakai diffuser lain yang lebih besar.

CikYam harap dengan menggunakan diffuser dan minyak pati Young Living ni, dapatlah redakan emosi CikYam yang tak menentu dah sekarang ni. Bukanlah nak kata tertekan sampai kemurungan, tapi lebih pada kestabilan sebab keletihan dari segi emosi.

INI PROMO YONG LIVING YANG ADA SEKARANG

Promo ni berbeza harga sebab berbeza diffuser saja. CikYam ambik yang Sweet Aroma Ultrasonic sebab ini yang paling murah. Diffuser dia tu simple je. Takde fungsi bunyi-bunyi.

Memandangkan CikYam dapat jadi member Young Living disebabkan pembelian kit di atas, so sesiapa nak dapatkan produk Young Living, bolehlah dapatkan daripada CikYam ye.

Sebagai ghost writer, CikYam rasa penggunaan minyak pati ni sangatlah membantu masa menaip. Sambil menulis, sambil menghidu aroma yang menenangkan. Bukak youtube alunan selawat. Alahai, redalah emosi yang kadang tak karuan ni.

Berminat nak tahu pasal Young Living? Mana yang CikYam boleh bantu, meh CikYam bantu. Klik je sini NAK TAHU PASAL YOUNG LIVING

Read More

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top