Terkejut Tengok Bil Hospital!

Hari ni CikYam nak cerita pasal bil hospital. Ini berdasarkan pengalaman anak CikYam nama Cama yang warded di hospital kerajaan. Kenapa nak cerita? Sebab ada sesuatu yang istimewa CikYam nak sampaikan. Ini adalah kali pertama CikYam berpengalaman wardedkan Cama kat hospital kerajaan. Sebelum-sebelum ni, Cama dah tiga kali warded di hospital swasta iaitu KPJ Selangor dan Sunway Medical Centre (SunMed).

Tarikh hari ni, 21 November 2021, Cama dah discaj. Doktor diagnos dia ada masalah Bronchopneumia. (https://www.healthline.com/health/bronchopneumonia) Simpan link sini senang CikYam nak rujuk. Masalah ni la punca oksigen dia drop. Sebab oksigen drop ni la CikYam gegas bawak dia ke hospital. Bimbang Covid, so CikYam bawak terus ke hospital kerajaan. Biasanya, akan ke hospital swasta sebab Cama ada insurans. Tapi insurans kan tak cover kalau Covid. Sedar diri takde duit beribu nak bayar kalau tanpa insurans, CikYam terus ke hospital kerajaan. Masa CikYam positif Covid bulan Ogos lepas pun, ambulans bawak CikYam terus ke Hospital Klang.

Oksigen rendah 93. Nadi laju 175.

Datang hospital memalam pun, pesakit ramai kat kecemasan. CikYam memang panik kalau tempat reramai orang ni. Tambah pulak zaman virus merepek-repek macam ni kan. Risau kuasa lapan. Kalau kat KPJ, sambil daftar nak warded boleh bancuh kopi. Kat hospital kerajaan, tak macam tu. CikYam tak nak bezakan. Dalam kepala, CikYam dah sedia maklum suasana hospital awam macam mana.

Dalam kepala CikYam, memang nak anak CikYam cepat sihat je. Time tu, CikYam sangat takut kalau oksigen Cama terus drop. Dengan suhu badan dia yang tinggi, 38.7 darjah masa tu, longlai jiwa CikYam.

Masa kat kecemasan, dua doktor datang tengok Cama. Doktor yang pertama tu, dia macam tak sure bila dia dengar bunyi paru-paru. So, dia rujuk ke doktor yang kedua, CikYam rasa doktor yang kedua tu lebih senior. Doktor kedua dengar bunyi paru-paru, terus dia kata suruh bawak Cama masuk satu bilik kecik. Masa tu CikYam pun tak tau bilik apa.

Bila masuk, dalam tu ada empat katil. Tiga katil ada baby dengan penjaga memasing. Ada satu katil kosong. So, Cama kena duduk kat katil tu. Tanpa kerusi, CikYam berdiri la kat tepi katil tu. Tak tau tunggu apa. CikYam tanya kat lelaki katil sebelah. Dia maklumkan, tunggu je, nanti doktor datang.

CikYam dengan Cama sebelum Cama warded.

Nurse datang bagi pil untuk demam sebab suhu Cama tinggi. Alamak, acaner nak makan pil ni? Nurse kata, puan masuk dalam, jalan terusssss. Kat situ ada satu bilik kecik, puan tanya kat nurse kat mana nak amik air. CikYam buat seperti yang diarahkan. Kiri kanan banyak betul katil dengan memacam gaya pesakit. Memang penuh bilik tu. Ramainya yang sakit, fikir CikYam, sambil jalan slow-slow nak cari bilik untuk ambik air.

CikYam rasa CikYam sesat sebab tak jumpa bilik kecik. CikYam tanya seorang nurse bangsa India. Rasa bersalah lak nak tanya sebab nampak semua nurse bizi. Tapi, dengan sebutir pil demam kat tangan, CikYam kena cepat dapatkan air nak suruh Cama makan ubat ni.

Nurse tadi dapatkan CikYam air mineral, terus CikYam ucap terima kasih dan kembali ke bilik berkatil empat tadi untuk bagi Cama makan pil tu. Lepas menunggu lagi, seorang doktor nama Zakwan, periksa Cama. Dia kata paru-paru sebelah kiri Cama ada bunyi.

“Kena warded ke doktor?” tanya CikYam.

“Ya puan. Kalau paru-paru bunyi macam ni, memang kena warded la. Kita nak pantau.”

Masa ni CikYam dah speechless. Sebab Cama baru je warded dan operate kat KPJ 1 November hari tu sebab bisul besar dan bernanah kat perut. Ni nak kena warded lagi.

“Puan bawak dokumen ni, pergi kaunter daftar. Lepas dah daftar, puan pergi bawak anak X-ray,” arah doktor pada CikYam.

Daftar bayar singgit. Lepas tu pergi bilik X-ray. Hokey, scary ye jalan jauh nak X-ray. Cama kata, jauhnya mama. Yezza. Seram. Time tu doa jangan la sesat terlalu kat bilik mayat. Ceh! Banyak sangat tengok citer hantu. Kah!

TAK MAMPU TENGOK ANAK DIRAWAT

Cama dengan papa.

Macam yang CikYam bagitahu anda semua tadi, awal November hari tu Cama baru je jalani pembedahan perut. Time tu, Cama yang kena injek bius, CikYam yang meleleh air mata macam CikYam yang kena injek. Tengok Cama menangis ketakutan bila nampak jarum pun, CikYam yang luluh jiwa.

Paling CikYam tak boleh lupa adalah prosedur sedut kahak masa Cama warded disebabkan influenza A tahun 2017 dulu. Terseksanya la dia. Lepas prosedur sedut kahak tu, gerenti Cama terlena sebab kepenatan meronta, menangis masa disedut kahaknya.

So, kali ni, CikYam dah tak mampu nak tengok Cama lalui prosedur demi prosedur. Terus CikYam cakap kat Mr Mama, suruh dia yang teman Cama kat hospital. CikYam dah tak mampu nak teman dah. Jiwa CikYam tenat.

Akhirnya, CikYam balik ke rumah dengan anak yang kecik, Ahmad. Ahmad dibenarkan balik sebab dia demam biasa saja. Balik ambik baju Mr Mama dan baju Cama. Tapaukan nasi, susu, biskut. Jam 1.30 pagi, settle semua benda. Mr mama bagi gambar, Cama dah dipakaikan oksigen sebab oksigen dia drop. Masa ni masih lagi di Zon Merah di kecemasan. Jam 4.30 pagi dapat Whatsapp daripada Mr Mama, abang dengan kakak dah masuk wad kat tingkat 12.

Pakai oksigen sebab oksigen drop.

PROSES DISCAJ

Dipendekkan cerita, hari kedua, Cama dah boleh balik. Daripada cerita yang Mr Mama inform kat CikYam, masalah Cama ni sama macam masa dia warded SunMed dulu. Nafas pendek-pendek, bila bernafas perut lekuk ke dalam. Masa kat SunMed dulu tu pun dua hari je warded. Dibekalkan ubat inhealer. So sama je masalahnya iaitu paru-paru dan pernafasan.

Bila dah boleh discaj, CikYam ingat, CikYam just ambik Mr Mama dan Cama kat lobi je la. Rupa-rupanya CikYam yang kena uruskan proses discaj ni sebab Mr Mama tak boleh keluar dari wad. Proses discaj hospital kerajaan ni macam ni:

  • 1) CikYam kena pergi ke wad untuk ambil dokumen bil wad.
  • 2) Bawa bil tu ke kaunter bayaran.
  • 3) Kembali ke wad semula untuk serahkan resit bayaran, ambil ubat daripada nurse.
  • 4) Settle ni semua baru Cama dan Mr Mama boleh keluar dari wad.

Dengan ada beberapa ringgit je dalam beg duit, CikYam tak konfiden nak bayar. Takut tak cukup duit. Malu je aku kang. Masa kat Sunmed, bil dia hampir RM1,500 untuk rawatan 2 hari 1 malam. CikYam bajet, mungkin dalam RM500 kot kat hospital kerajaan ni sebab Mr Mama kata dia dapat bilik berempat, pakai oksigen sejak kat kecemasan sampai la petang tadi. CikYam pun cucuk duit RM500 kat ATM di lobi hospital.

Elok dia duduk tengok phone kat sebelah pengawal keselamatan.

Sampai di depan lif nak ke wad, pengawal keselamatan kata, anak CikYam yang kecik, Ahmad ni tak boleh naik. So, kena tinggalkan kat kaunter pengawal keselamatan tu. Mujurlah time tu Ahmad tak banyak kerenah. Dia duduk elok je kat kerusi dengan pak guard tu. CikYam pun naik ke wad tingkat 12. Lepas tu turun ke lobi. Naik lif lain pulak untuk ke tingkat 3 untuk buat bayaran.

TERKEJUT BERUK TENGOK BIL

Jarak dari wad nak ke tempat bayaran tu boleh tahan jauh ye. Dan lif dia agak tersorok. Kena tengok betul-betul papan tanda. Tapi CikYam lebih suka tanya kat orang berbanding tercangak-cangak baca papan tanda. Kebetulan ada dua orang kat lobi tu. Tunjuk kat mana lif untuk ke tingkat 3 tu.

Sampai kat kaunter bayaran, CikYam pun serah semua dokumen dan keluarkan beg duit. Sekali tu, kakitangan lelaki kat kaunter sebutlah jumlah yang perlu dibayar. Macam tak percaya, CikYam suruh dia ulang sekali lagi.

“Berapa encik?”

“Seringgit lima puluh sen, puan,” sebut kakitangan tu sekali lagi.

Bil hospital rawatan Cama.

CikYam dengan rasa penuh tak percaya keluarkan RM2 daripada beg duit. What??? Singit lima puluh sen je? Harga nasi lemak pun mahal daripada ni sekarang ni. Sebungkus RM2 kot nasi lemak la ni.

Siap bayar, CikYam pun terus kembali ke tingkat 12 untuk serah bukti pembayaran pada nurse untuk Cama discaj dan seterusnya ambik ubat.

Betul ke singgit setengah? CikYam cubit pipi sendiri sebab tak percaya. Serius la singgit setengah? Kalau tak cucuk duit kat ATM tadi pun, masih mampu nak bayar. Cama buat X-ray, oksigen berjam-jam, makan untuk dua orang (pesakit dan penjaga). Kat KPJ CikYam jaga Cama, makan hanya untuk Cama. Untuk CikYam, CikYam kena order lain.

Terus rasa bersyukurnya la jadi rakyat Malaysia. Caj rawatan murah tak masuk akal. Terus CikYam rasa, CikYam bersyukur walau takde kerusi kat kecemasan tepi katil Cama, walau semut-semut kaki berdiri lama, bersyukur walau kena tinggalkan anak kat pak guard sebab budak kecik takleh masuk wad, bersyukur walau kena uruskan discaj terpaksa jalan jauh dari wad ke kaunter bayaran, bersyukur walau terpaksa cari air untuk bagi Cama ubat demam kat kecemasan. Nurse time tu sedia ubat je, air tak disediakan. Ya Allah, aku bersyukur.

Memang ada pro and cons la kedua-dua tempat rawatan ni. Kat swasta semua disediakan. Nak discaj, kakitangan yang uruskan bil datang ke bilik, kita tunggu je dalam bilik. Nak ke bilik X-ray, pesakit naik kerusi roda, nurse yang tolak. Ke mana-mana mesti ada nurse ikut. Kat hospital kerajaan, kita pergi sendiri. Bawak semua dokumen sendiri. Gitulah.

Inilah coretan pengalaman warded di kedua-dua hospital. CikYam bersyukur ada kedua-dua pengalaman. Tapi bil singgit lima puluh sen untuk rawatan anak CikYam ni, buat CikYam bersyukur sesangat jadi rakyat Malaysia. Terima kasih kerajaan. Sayu hati aku weh! Subsidi kerajaan yang sangat memberi erti bagi orang yang dah kena buang kerja macam CikYam.