Selamat Hari Lelaki Sedunia!

Wow, ada hari istimewa untuk lelaki la. Berita gembira buat semua lelaki kat muka bumi ni. Dengan senang hatinya, CikYam nak ambik kesempatan untuk ucap Selamat Hari Leaki Sedunia kepada semua lelaki yang baca blog CikYam ni.

Kalau nak tahu, tahun 2016 adalah kali pertama negara kita Malaysia ni sambut Hari Lelaki Sedunia. So, wahai para lelaki, sila take note hari bersejarah ni ya.

Hari Lelaki Sedunia diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan golongan lelaki.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim ketika itu buat pengumuman tersebut. Katanya, Malaysia sambut Hari Lelaki Sedunia buat julung-julung kalinya pada 19 November 2016.

Ehhhhh, bukan itu saja. Kementerian juga bersetuju dengan cadangan yang sangat bermanfaat untuk menjaga kebajikan golongan lelaki kat negara kita ni. Apa cadangan tu? Ya, kementerian akan menubuhkan rumah perlindungan lelaki. Hal ini boleh dimanfaatkan untuk mereka yang bergelar suami yang berdepan dengan krisis rumahtangga.

Ah gittewww. CikYam rasa, berita ini pastinya disambut baik oleh orang lelaki, kan? Ya, mereka juga perlukan bantuan berbentuk perlindungan. Bukan orang perempuan je kan.

OK, disebabkan hari ini adalah hari istimewa untuk lelaki, CikYam nak wish Selamat Hari Lelaki Sedunia untuk suami CikYam. Walau dah disambut sejak 2016, tapi baru tahun ni CikYam tahu ada hari istimewa untuk lelaki. Hahahahahaha. Sungguh tak fofular hari tu kan. Kah!

Semoga bertambah kuat iman kepada Allah SWT, bertambah erat kasih sayang kita, sihat selalu, murah rezeki dan bahagia sentiasa di sisi saya.

SUMBER RUJUKAN: Astro Awani