Sambal Laki Bini, Ramai Dah Try Kata Sedap!

Yang selalu singgah facebook CikYam, mesti tahu CikYam ada jual Sambal Laki Bini kan? Sambal Laki Bini adalah sambal jenis kering yang rangup dan menyelerakan. Lidah Jawa, kalau makan mesti nak ada sambal sebagai pelengkap hidangan. Dalam ni ada ikan bilis, bawang putih, bawang merah. Digoreng garing tetapi tidak hangit dan ditumis mesra tapi tidak berminyak.

Tagline: Sambal Laki Bini, Makan Dengan Kasih Sayang

Ya, inilah yang CikYam dan suami cuba nak tonjolkan. Makan Dengan Kasih Sayang. Suami CikYam sebenarnya cerewet bab sambal. Suka makan sambal masa makan nasi. So, dia tergerak nak buat sendiri sambal ni sebab nak rasa puas bila makan.

Bagi kami, sambal kena cukup lengkap rasanya. Ada rasa pedas, masin dan manisnya. Kalau sambal jenis kering, kami suka bawangnya dan ikan bilisnya rangup. Sambal kering macam ni sedap dimakan dengan nasi, bubur nasi atau roti. Memang sedappppp.

Kekuatan Sambal Laki Bini adalah pada rasa bawang putihnya. Bawang putih yang dihiris lebar supaya terasa pahit-pahit sikit masa makan. Aduhai, sedap rasanya tau!

SESUAI JUGA UNTUK IBU BERPANTANG & CUTI-CUTI

Ada bawang putih, sesuai untuk ibu baru lepas bersalin. Sambal Laki Bini ada ramuan bawang putih yang dihiris lebar-lebar. Memang bagus untuk ibu-ibu baru lepas bersalin. Yang tak bersalin pun bagus jugak makan sambal ni. Selain sedap, boleh menambah selera dalam apa-apa hidangan pun.

Kalau bercuti pun bagus bawak Sambal Laki Bini. Boleh makan sambal di mana-mana sahaja. Kalau pergi umrah ke, bawaklah sambal ni.

Bagi mak-mak yang ada anak duduk di asrama, bawakanlah Sambal Laki Bini. Gerenti anak korang takkan rindu masakan emaknya sebab ada sambal yang sesedap masakan ibu. Gittew!

Macam ni la rupanya Sambal Laki Bini. Kering, rangup, cukup lengkap masin, manis, pedas dan umppppph!

KENAPA NAMA DIA SAMBAL LAKI BINI?

Nama laki bini dipilih sebab sambal ni CikYam usahakan bersama suami. CikYam buat bahagian marketing dan branding. Suami usahakan yang selain daripada itu.

TESTIMONI

Suka rasa bawang putih.
Kenapa sedap sangat????
Sedap gila! Pedas secukup rasa! Boleh viral katanya.
Ya Allah, sedaaaaaaaapnya Sambal Laki Bini!!!!!
Terus order 5 botol tau!

Haaaaaa! Cukuplah testimoni setakat ini. Ada banyak lagi sebenarnya yang sampai ratah Sambal Laki Bini depan televisyen. Takut korang baca meleleh pulai ailio tu. Haha.

NAK BELI SAMBAL LAKI BINI?

Jom support Sambal Laki Bini.

Macam mana nak dapatkan Sambal Laki Bini?
Yang duduk Shah Alam, suami CikYam boleh delivery.

1 botol RM28
2 botol RM50

Postage
1 botol RM8
2 botol RM10

Berat sebotol 300 gram.

PM JER (saya nak order Sambal Laki Bini)