CikYam telah berkahwin sejak tahun 2014 dengan seorang lelaki cacat fizikal pemegang kad OKU sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Nama suami CikYam, Amran Karno tapi CikYam selesa menggelarkan dia sebagai Mr Mama di media sosial CikYam.
Sejak berkahwin, memang suami CikYam tak bekerja tetap. Memula kahwin dulu, dia niaga burger di tepi jalan sampailah pihak berkuasa tempatan tak benarkan dia berniaga lagi di situ.
So, apabila Mr Mama tak lagi niaga burger di tepi jalan, CikYam terfikir-fikir apalah kerja yang Mr Mama si cacat kaki ni boleh buat. Nak cari kerja di luar, agak susah jugaklah sebab masa tu CikYam dah bersalin anak sulung. CikYam tak sanggup hantar anak ke pengasuh, jadi Mr Mama yang kena jaga.
Satu hari, CikYam nak pergi kerja. Naik lif, CikYam ternampak seorang cik adik manis yang berpakaian kerja sangat kemas, berkasut tumit tinggi, tapi di tangannya memegang plastik sampah. Hilang keayuan cik adik manis itu. Yalah, dah cantik, dah wangi tapi terpaksa bawak sampah untuk dibuang di rumah sampah. Bau sampah juga menyebabkan pengguna lif lain kurang selesa.
Ting! CikYam dapat idea. Mr Mama patut buat servis angkut sampah demi membantu memudahkan urusan orang yang memerlukan macam cik adik manis itu tadi.
BERMULALAH SERVIS ANGKUT SAMPAH
Mulai 2015, Mr Mama tawarkan servis angkut sampah untuk penduduk apartment. Tidaklah ramai sangat yang memerlukan tapi Mr Mama dah ada pelanggan tetap. Siapa pelanggan tetap servis angkut sampah? Isteri yang suaminya selalu outstation, individu yang memang malas nak buang sampah sendiri dan penyewa bujang yang tak kuasa nak bawak sampah ke rumah sampah.
Masa COVID-19 banyak kes dulu, memang banyak permintaan servis angkut sampai sampai di luar jangkaan. Yalah, apabila disahkan COVID, penghuni kena kuarantin sampai 14 hari. Nak tak nak, kena langgan servis Mr Mama untuk buangkan sampah.
Untuk buat servis angkut sampah ni, paling utama adalah troli. Asalnya dulu, Mr Mama guna troli angkut barang yang saiz kecik. Dia ubah suai troli tu, dipasangkan jaring supaya boleh bawak sampah. Namun, troli kecik macam tu, tak tahan lama. Tayarnya kecik dan susah untuk ditolak apabila telah dipenuhi sampah.
Satu lagi masalah adalah troli mudah patah apabila penggunaannya telah melebihi had. Troli barang tidak sesuai untuk digunakan untuk angkut sampah. Tak tahan.
Mr Mama guna pula troli yang agak besar. Heavy duty. Ya, tahan lama sedikit tetapi tetap ada kekurangannya. Troli ini tidak ada brek. Untuk ke rumah sampah, Mr Mama perlu melalui ramp atau cerunan. Apabila melalui ramp itu, pergerakannya laju kerana cerun.
Inilah troli heavy duty yang saiznya besar sikit berbanding troli yang awal-awal dahulu. Dah berkarat dan bila-bila masa sahaja boleh patah.
PROJEK MIMPI BY SIRAP LIMAU
CikYam ternampak iklan Projek Mimpi di TV3. Terus CikYam tengok di telefon mengenai projek ni. Kontes ni boleh disertai oleh sesiapa sahaja yang ada impian untuk dilunaskan. Alhamdulillah CikYam terpilih sebagai TOP 10. Sepuluh peserta TOP 10 perlu buat video.
CikYam komited dengan Projek Mimpi. CikYam buat skrip video yang berdurasi 2 minit atau 120 saat ni. CikYam cuma ada masa 2 minit untuk menjadikan video ini menarik dan penonton boleh faham kenapa troli ini amat penting untuk Mr Mama.
CikYam juga dapatkan khidmat videografer dan juga video editor untuk realisasikan skrip yang CikYam tulis. Kenapalah sanggup buat semua ni?
Sebab, CikYam nak troli yang khusus untuk orang cacat kaki. Bukan troli yang boleh beli kat Shopee atau Lazada atau memana platform online.
Antara ciri-ciri utama troli rekaan khas untuk OKU fizikal ini adalah:
๐ Ringan
๐ Ada brek keselamatan.
๐ Tayar besar supaya mudah dikawal.
๐ Mudah dibasuh.
๐ Tahan karat.
๐ Ada penutup.
๐ Struktur kukuh untuk angkut berat.
Bagai CikYam, brek adalah salah satu keutamaan yang perlu diteliti dalam rekaan troli khas untuk Mr Mama ni. Selain itu, tayarnya kena besar supaya mudah untuk ditolak atau ditarik. Sebab itulah, CikYam beria-ia dalam kontes ni supaya dapat menang RM5,000 dan boleh tempah troli khas untuk Mr Mama.
Namun, untuk menang, bukanlah video yang berkualiti atau video yang nampak profesional diambil kira. Video yang peserta buat akan dimuat naik di platform media sosial TikTok Sirap Limau dan pemenang dikira daripada jumlah LIKE tertinggi. So, CikYam amat perlukan sokongan LIKE daripada anda semua.
Ini video yang dimuat naik oleh TikTok Sirap Limau. Tonton kat sini (Video Kontes)
Kalau nak tengok video yang dalam versi melintang sebab CikYam shoot video ni secara melintang, boleh tengok kat link bawah ni. Yang dalam versi TikTok tu kurang jelas sebenarnya. Tonton kat sini (VIDEO YANG ORI)
SEMOGA PROJEK MIMPI INI BERJAYA!
CikYam sedar, rezeki semua daripada Allah SWT. Projek Mimpi ini adalah salah satu usaha CikYam untuk dapatkan troli baru untuk Mr Mama mengikut kepada keadaan dia yang cacat fizikal. Hanya si cacat saja faham macam mana susahnya menolak troli tayar kecik dan macam mana sakitnya kaki nak menahan troli melalui ramp yang cerun dan laju.
Jika anda rasa CikYam patut menang dalam kontes ini, silalah sedekah 1 LIKE di TikTok Sirap Limau untuk video CikYam tu. KLIK SINI (SAYA NAK SEDEKAH LIKE)