Selain memberikan khidmat menulis dan juga jurulatih penulisan, CikYam juga ada menyediakan khidmat membuat video tau!
Salah satu cara untuk kita berkomunikasi adalah melalui video. Dalam dunia bisnes atau jika anda mewakili mana-mana organisasi, komunikasi yang efektif adalah kunci untuk membina jenama yang kukuh. Salah satu medium terbaik untuk mencapai tujuan ini adalah melalui video korporat.
Video korporat yang bagus mampu menyampaikan visi, misi dan pencapaian jenama dengan lebih berkesan. Dengan visual yang menarik dan naratif yang tersusun rapi dalam video korporat, kita dapat tingkatkan kepercayaan pelanggan.
PENGALAMAN CIKYAM MENULIS SKRIP VIDEO
Sebagai seorang penulis, CikYam juga boleh menulis skrip profesional. CikYam pernah terlibat dalam pelbagai projek video korporat. Antara pengalaman yang paling bermakna ialah ketika menulis sebanyak 30 skrip video korporat untuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada tahun 2024 di bawah nama Aspirasi Koperasi.
Masa mula-mula dapat projek ni, CikYam terfikir, “Mampu ke aku nak siapkan 30 skrip dalam masa sebulan? Satu hari, satu skrip nak kena siapkan?”
Projek 30 video SKM ni betul-betul beri peluang untuk CikYam lebih memahami tentang dunia koperasi dan bagaimana video dapat membantu menyampaikan informasi dengan lebih efektif. Team CikYam pergi ke seluruh tanah air untuk membuat penggambaran. Selepas siap penggambaran, mereka terlibat pula dalam proses editing video. Fuhhh.
Nak tengok video SKM Aspirasi Koperasi tu?
Ini video untuk Koperasi Homestay Lubuk Kubong Berhad.

Di bawah ini pula video untuk Koperasi Peserta-peserta Felcra Lubuk Sireh Perlis Berhad.

Video untuk Koperasi PEKAP Kuala Lumpur Berhad (KOPEKAP)

Video Koperasi Usahasama Tani Melaka Berhad

Cukuplah empat video ini sebagai contoh hasil video yang CikYam dan team hasilkan. Nak letak semua 30 video SKM Aspirasi Koperasi nanti panjang pulak. Korang boleh je pergi ke facebook Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk tengok video di bawah projek Aspirasi Koperasi ini. Semua ada di situ.
Selain pengalaman praktikal, CikYam juga sentiasa berusaha menambah ilmu dalam bidang penulisan skrip. CikYam telah mengikuti kursus penulisan skrip di Institut Penerbitan dan Penyiaran Tun Abdul Razak (IPPTAR). Pernah juga masuk bengkel penulisan skrip di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Kursus ini membolehkan CikYam menghasilkan skrip yang lebih berkualiti, menggabungkan elemen storytelling yang berkesan dengan mesej korporat yang jelas.


NAK BUAT VIDEO KORPORAT?
Video korporat ni ada macam-macam style. Semuanya mengikut bajet. Serendah RM3,000 pun dah boleh buat video, sampailah setinggi-tinggi RM400,000. Ada yang ingin video simple, ada yang mahu video macam style iklan. Ada juga yang mahu menggunakan style animasi. Semua terpulang kepada bajet masing-masing.
Bagi organisasi yang ingin menghasilkan video korporat berkualiti tinggi, CikYam sedia membantu! Dengan pengalaman dan kepakaran dalam bidang penulisan skrip, CikYam boleh memastikan video korporat anda tidak hanya menarik, tetapi juga menyampaikan mesej dengan berkesan. CikYam juga ada krew yang best untuk bantu anda semua buat video korporat.
Macam mana nak hubungi CikYam? Klik je sini.