Penulis Upahan, Menulis Bagi Pihak Orang Lain

Apabila anda ingin bergiat dalam dunia penulis upahan atau ghost writer, anda perlu memahami konsep pekerjaan itu terlebih dahulu. Hal ini untuk elakkan anda tersalah tanggapan. Pertama sekali fahami siapa dia penulis upahan. Jom CikYam terangkan sedikit mengenai siapa penulis upahan ni.

Penulis upahan ialah orang yang menulis untuk orang lain. Dia menerima upah lalu hasil tulisannya menjadi hak milik yang memberi upah. Misalnya dia menerima upah untuk menyiapkan sebuah buku, nama penulis buku itu adalah nama si pemberi upah, bukan nama kita sebagai penulis upahan.

Dengan pengalaman yang ada dalam industri kreatif sebagai penulis upahan, CikYam yakin sesungguhnya dunia penulis upahan sangat sesuai dijadikan sebagai platform jana pendapatan. Terutamanya dalam dunia sekarang yang telah semakin cenderung ke arah gig economy.

Bidang penulis upahan sebagai sumber pendapatan

Kenangan terindah dalam dunia kewartawanan. Menang kategori Wartawan Rencana Terbaik (Bahasa Melayu)

Dalam dunia penulisan, sebenarnya ada banyak peluang untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan. Kalau makan gaji, kerja seperti team editorial termasuklah editor, pembaca pruf, wartawan, content writer dan juga penterjemah. Kerja-kerja seperti ini, CikYam telah lalui bertahun-tahun lamanya. Sejak muda sampailah usia sekarang. Sejak bujang sampailah sudah ada anak dua.

Kalau hendak bekerja sendiri, bidang penulisan memberikan ruang yang tidak kurang hebatnya. Ramai kawan CikYam yang bergelar novelis. Ada karya sendiri di kedai buku. Bab ini, CikYam sangat faham macam mana seorang novelis berbunga-bunga hatinya apabila tengok novel sendiri tersusun di rak kedai buku. Syok sangat weh! Buku CikYam yang ada tiga ketul ni pun, apabila nampak di rak buku, rasa happy giler.

Selain tu, kerjaya sebagai ghost writer atau penulis upahan pun best jugak. Tapi untuk jadi ghost writer, satu benda yang kita kena miliki terlebih dahulu adalah kepercayaan. Orang akan mengupah seseorang itu menulis bila dah nampak penulisan dia macam mana dan pengalaman dia menulis. Samalah macam kita nak upah orang menjahit. Mesti kita nak tengok pakaian yang dia dah pernah jahit, jahitannya macam mana, kan? Samalah jugak dengan upah menulis.

CikYam bergiat aktif dalam bidang penulis upahan sejak tahun 2021 akibat daripada hilang pekerjaan. Terkapai-kapai apabila CikYam hilang sumber pendapatan sebagai wartawan. Atas sebab itulah CikYam bersungguh-sungguh buat kerja-kerja sebagai penulis upahan. Sebelum ni tak pernah terfikir nak jadikan bidang ini sebagai kerjaya tetap.

Apa perlu buat untuk memulakan kerja sebagai penulis upahan?

Untuk memulakan kerja sebagai penulis upahan, ini perkara yang perlu anda lakukan.


1) URUS MASA

Urus masa adalah faktor paling penting terutama jika kita melakukan kerja penulis upahan secara sepenuh masa. Apabila kerja sendiri memang kena urus masa. Lebih lagi kerja di rumah dengan anak kecik.

2) TO DO LIST

CikYam tulis hari ni nak buat konten siapa, berapa konten dan terus submit. Ini termasuklah konten personal dalam fb sendiri dan mana-mana channel pemasaran.

3) BUAT MARKETING

Ramai penulis upahan yang baru-baaru bergiat dalam dunia ni terasa kecewa kerana gagal dapat klien. Tiada klien bermakna tiada upah. Hal ini sebenarnya berkaitan dengan marketing. Apa-apa kerja sekalipun yang melibatkan perniagaan, perlu buat marketing. Pasarkan skill anda, pasarkan diri anda.

4) AMBIL TAHU MENGENAI PENULISAN

Ada banyak jenis penulisan dalam dunia ni. Penulisan yang macam mana yang perlu anda ambil tahu? Sila ambil tahu jenis-jenis penulisan atau jenis-jenis konten yang up to date. Maksudnya yang orang nak guna pada masa kini.

Cukuplah dahulu empat tip ni. Jangan lupa selalu jengah blog CikYam ni untuk konten mengenai penulis upahan ya!

Anda mungkin suka artikel ni juga>> https://maryamelyas.my/6-cara-macam-mana-cikyam-dapat-upah-menulis-rm10k-dalam-masa-3-bulan-pertama/

Eh, ada lagi!

Nak tak join Kelas Sembang Kari Ghost Writer bersama CikYam? Yang untungnya, join kelas sembang ni RM50, anda dapat sekali buku Unseen Writer bernilai RM49. Haaaa untung kan? Kelas sembang ni secara online tau. CikYam ceritakan macam mana step by step untuk bina kerjaya ghost writer ni A-Z.

Nak join Kelas Sembang Kari ni dengan buku Unseen Writer, anda klik link ni. Pilih pakej RM49 pun boleh dapat kelas Sembang Kari ni tau. KLIK SINI