Mujur Ada Golden Salted Egg Peyek, Senang CikYam Nak Buat Kerja

Kerja sebagai ghost writer ni, kena bagi tumpuan seratus peratus. Kalau tak fokus betul-betul, memang susah la nak menaip. Idea pun boleh melayang-layang dibawa angin lalu. Sedih kalau jadi macam ni.

Kerenah anak pulak salah satu benda yang boleh bikin CikYam terganggu. Bergaduhlah, berebut mainanlah, menjerit-jeritlah. Aduhai. CikYam jadi buntu kengkadang tak tau nak buat apa.

Mujurlah bebaru ni CikYam jumpa jajan premium yang menarik perhatian. Kenapa menarik perhatian? Sebab bungkusan dia kaler kuning. Saiz besar lak tu. Tergerak hati nak try. Nama rempeyek tapi dikomersialkan jadi Peyek je. Catchy sangat! Itulah dia jajan Golden Salted Egg Peyek.

JADI PENYELAMAT

Happy ye dapat makan Golden Salted Egg Peyek?

Bila CikYam nak menaip, kalau anak mula nak buat kerenah, CikYam bagi je sebungkus Golden Salted Egg Peyek ni. Pepandai la Mr Mama layan. Memang senyap anak CikYam makan peyek ni. Sedap sesangat.

Dia macam rempeyek yang mak-mak kita buat tu. Cuma bezanya diperbaharui dengan salutan salted egg. Menjadikan rasanya berbeza. Ada cita rasa moden kat situ. Manalah bebudak berdua tu tak ralit makan. CikYam pun senang nak buat kerja. Tak terganggu.

Bila makan peyek ni, kruk krap kruk krap bunyinya sebab memang rangup. Rasa kacang bergabung dengan lemak masin salted egg tu, fuhlamak, mengasyikkan.

Menggunakan tagline Ketagih! Paling Sedap Di Dunia! tak menghairankan sebab rempeyek ni memang berbeza dengan rempeyek tradisional. Cita rasa tradisional bergabung dengan cita rasa moden membuatkan CikYam sendiri pun ketagih nak makan lagi.

SAIZ BESAR, NILAI BERBALOI

Golden Salted Egg Peyek ni sebungkus beratnya 207 gram. Dijual pada harga RM17 sebungkus. Packaging memang cantik. Lepas bukak, tak perlu masukkan dalam bekas pun. Sebab ada penutup kedap udara kat atas dia. Tekan je, tak masuk angin.

PELUANG PERNIAGAAN

Golden Salted Egg Peyek membuka ruang perniagaan bagi anda yang berminat nak tambah pendapatan. Kata orang, ketika musim Pandemik Covid-19 ni perniagaan makanan agak mudah untuk dibuat. Sebab orang tetap akan beli makanan, kan?

Jajan premium macam Golden Salted Egg Peyek ni memang mudah dijual. Sedap dan berbaloi. Selain kanak-kanak, orang dewasa pun gerenti suka dengan jajan ni.

Untuk keterangan lanjut mengenai peluang perniagaan, korang boleh tengok kat Salted Egg Peyek Fans ni ya.

Nak CikYam review produk anda? Klik sini (CikYam Review)