Ketika menulis buku PROWRITER: Jalan Pintas Jadi Penulis Profesional, CikYam memang telah membayangkan bahawa buku itu akan menjadi modul bagi kebanyakan kelas penulisan yang CikYam akan adakan. Ini kerana, selepas 16 tahun menjadi wartawan, kemudian aktif sebagai penulis bebas, CikYam mempunyai impian untuk menjadi jurulatih penulisan pula.
CikYam bukanlah orang yang pandai menulis. Namun rutin harian sebagai wartawan yang wajib menulis setiap hari, menyemak penulisan dan kecenderungan mendapatkan pelbagai sudut penulisan menjadikan CikYam semakin mahir menulis dalam pelbagai jenis genre kandungan yang ada.
Bukan sahaja penulisan rencana, CikYam juga perlu menyiapkan rencana berbentuk iklan untuk klien di majalah dan akhbar tempat CikYam bekerja. Selain itu, CikYam juga perlu menyiapkan rencana berbentuk human interest yang ‘kuat bau’ storytelling dalam penulisan tersebut.
Buku PROWRITER sememangnya amat membantu bagi penulis upahan atau penulis konten untuk dijadikan sebagai rujukan. Isi kandungan buku ini disusun kemas bagi anda untuk menulis pelbagai jenis teks misalnya rencana, copywriting, penulisan media sosial, penulisan storytelling dan juga kaedah tatabahasa yang mudah.
JURULATIH PENULISAN BERTAULIAH
Apabila ditauliahkan sebagai jurulatih oleh HRD Corporation, langkah CikYam semakin yakin dalam dunia latihan. CikYam giat memberi ceramah penulisan di organisasi kerajaan.
Sangat penting bagi seorang jurulatih mempunyai sijil pengiktirafan sebegini kerana jurulatih bukan sahaja perlu ada ilmu yang kukuh untuk disampaikan, namun perlu juga tahu mengendalikan sesi pembelajaran bagi golongan dewasa.
Dengan pengalaman dan ilmu yang CikYam ada, CikYam percaya yang CikYam mampu membantu mana-mana organisasi untuk menambah baik kemahiran kakitangan anda dalam ilmu penulisan.
Apa yang ingin CikYam tegaskan di sini adalah CikYam berpengalaman menulis konten berbentuk cetak ketika dalam dunia penulisan majalah. Kemudian, selepas majalah perlu ditutup kerana industri penerbitan majalah terjejas teruk, CikYam berkhidmat pula dalam dunia kewartawanan digital.
Ketika itu, CikYam menghasilkan konten berbentul digital yang memerlukan strategi penulisan menarik supaya mudah mendapat engagement dan boleh dianggap sebagai viral. Pun begitu, etika kewartawanan yang menebal dalam diri, mengelakkan CikYam terjebak dalam penulisan negatif yang berkiblatkan viral tanpa manfaat.
TOPIK KELAS PENULISAN CIKYAM
Antara topik kursus atau bengkel penulisan CikYam adalah:
- Penulis Upahan
- Penulisan Kreatif
- Penulisan Berita dan Rencana
- Copywriting dan Storytelling
- Penerbitan Coffee Table Book
- Penulisan Anekdot
- Penulisan media sosial
- Penulisan skrip video
Ingin CikYam berceramah mengenai penulisan di tempat anda? Klik sini.