Macam Mana Cara Penulis Hadapi Fasa Down?

Penulis pun manusia biasa juga. Bukannya tak ada rasa sedih. Tapi sebagai penulis, takkan kita nak berhenti menulis? Kalau tak tulis, macam mana kerja nak siap?

CikYam akui sepanjang menulis masa kerja wartawan dulu, banyak sangat tekanan. Antara tekanan paling hebat adalah DEADLINE. Kalau ikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), deadline ni maksud dia tarikh akhir. Ya, nak siap kerja ikut deadline memang sangat mendatangkan stress.

Sebagai manusia, ada juga hari-hari yang kita berasa down disebabkan tergores hati ke, kehilangan insan yang disayangi ke, kerisauan ke atau apa-apa saja yang boleh mengganggu emosi kita.

Tapi sebagai penulis, CikYam tetap kena menjunjung kerja pada tingkat paling atas. Apa juga masalah yang datang, kerja kena siap dengan piawaian yang telah ditetapkan.

EMOSI TERGANGGU MASA MENGANDUNG

Masa awal-awal mengandung anak sulung dulu, emosi CikYam cukup terganggu. CikYam kena alahan yang sangat teruk. Loya dan muntah yang tak boleh nak dibayangkan. Bau rumah sendiri, CikYam rasa busuk sesangat.

Tiap kali memandu, kepala rasa pening dan tekak rasa mual. CikYam tak lalu makan. Sampai parking office, turun je kereta, terus rasa loya lagi. Muntah. Emosi ni tak tau nak cakap macam mana. Masa mengandung anak sulung, emosi CikYam cepat sungguh tersentuh. Asyik nak menangis je.

Dahlah perut lapar. Makan je muntah. Kerja tetap sama banyak macam mana sihat. Semua nak kena hadap.

Jadi, CikYam dah terbiasa bekerja di bawah tekanan. Kalau nak tahu, sebelum cuti bersalin selama 2 bulan tu, CikYam kena siapkan konten untuk 8 isu majalah. Sebabnya buat majalah Mingguan Wanita, majalah tu terbit 1 isu seminggu. So, cuti 2 bulan bersamaan 8 minggu. Total 8 majalah kena siapkan.

Wow sangat kan? Hahahaha.

TIP HADAPI FASA DOWN SEBAGAI PENULIS CARA CIKYAM

Jom CikYam kongsi, apa yang CikYam buat kalau kita sebagai penulis ni berada pada fasa down. Tak kisahlah down sebab apa, pokoknya emosi terganggu.

Kuncinya kat sini adalah walau tengah down pun, jangan berhenti menulis. Jika benar menulis itu adalah cara kita cari makan, please jangan berhenti menulis.

1) MENULIS SAMBIL BUAT APA YANG KITA SUKA

Tengah down, CikYam tetap menulis menyiapkan kerja. Tapi cara CikYam menulis tu sambil buat apa yang CikYam suka. CikYam suka muzik, jadi CikYam menulis sambil dengar alunan muzik.

CikYam suka kopi, CikYam menulis sambil ada secawan kopi panas di sebelah. Kita buatlah apa yang kita suka.

2) LUPAKAN SEKETIKA RASA DOWN

Kosongkan emosi down dan penuhkan dengan emosi untuk menghasilkan konten yang bagus. Benda ni memang susah. Tak mudah nak lupakan emosi down tu. Tapi insya-Allah boleh.

Tenggelamkan diri dalam pengisian konten yang kita hendak tulis. CikYam selalu lupakan sekejap rasa down tu. Fokus pada apa yang hendak ditulis dan menulislah seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Kalau CikYam tak buat macam ni, tak mustahil kerja CikYam akan jadi banyak tertangguh. Hasilnya, CikYam takkan dapat nak capai deadline yang telah ditetapkan oleh pihak editorial.

3) AMALKAN 4 STEP MENULIS DENGAN MUDAH

CikYam ada teknik sendiri untuk menulis. CikYam dah amalkan lama dah. Sebab itulah CikYam boleh menulis di bawah tekanan dan boleh cuba siapkan konten dengan cepat.

CikYam ada cerita 2 step menulis dengan mudah dalam entri sebelum ni. Kalau korang terlepas entri ni, boleh baca kat bawah sini.
https://maryamelyas.my/4-step-menulis-mudah-ini-cara-cikyam-menulis-selama-ini/

4) BACA DOA PENERANG HATI

Sejak sekolah dulu kita ada diajar doa penerang hati kan? Amalkanlah. Mudah-mudahan hati kita tak terlalu tertekan disebabkan rasa down sehingga boleh mempengaruhi kerja penulisan yang kita nak buat. Bacalah doa sebelum mula kerja moga Allah permudahkan.

NASIHAT UNTUK KITA SEMUA

CikYam down teruk masa dapat berita kena buang kerja. Serius teruk!

Apabila kita bekerja sebagai penulis, fokuslah dengan kerja kita. Sebagai manusia, memang kita akan ada dalam fasa down. Itu normal. Lumrah hidup, mana ada bahagia sentiasa. Mesti ada masa-masa kita dirundung masalah.

Tapi janganlah abaikan kerja. Mungkin kita perlukan sehari untuk menangis kalau betul ujian itu terlalu merobek hati. Macam CikYam masa kena buang kerja dulu. Memang dua hari CikYam lembik macam kain buruk. CikYam down bukan main-main tau. Memang sangat teruk!

Tapi lepas dua hari, CikYam bangkit dan mula mencari haluan apa kerja yang CikYam nak buat. CikYam jadi ghost writer. Dapat job pertama, CikYam menangis sayu. CikYam menaip konten yang orang tempah sambil lap air mata.

Penulis, bangkitlah kau walau apa jua ujian dalam hidup. Lap air matamu. Terus hasilkan karyamu walau kau perlu menulis dengan air matamu sebagai dakwatnya.