Sejak ditubuhkan dan didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2021, hari ini CikYam Creative (CYC) melancarkan logo baharu. Wow! Sebagai pengasas CYC, tentu-tentulah CikYam gembira. Nampaklah lawa sikit kan logo ni.
Sebelum ni, CikYam buat sendiri je logo CYC guna aplikasi Canva. Buat gitu-gitu je. Sebelum ni takde bajet nak upah designer buat rekaan logo CYC. CikYam memang start buat CYC dengan zero. Tak ada apa-apa. Cuma berbekalkan semangat yang masih bersisa disebabkan hilang pekerjaan sebagai wartawan angkara dunia dilanda wabak c0vid.
INI LOGO LAMA
Nah, korang tengoklah logo lama CYC ni. Januari tahun 2021 ketika memula CYC ditubuhkan.
LOGO BARU CIKYAM CREATIVE
Selepas setahun lebih bergiat aktif dalam dunia penulis upahan, CikYam berdoa semoga urusan CikYam Creative semakin maju. Semoga nama CikYam Creative sentiasa di bibir mereka yang memerlukan khidmat menulis.
CikYam berdoa semoga Allah memberi sinar lebih terang dan semangat juang yang takkan padam dalam jiwa CikYam sebagai tonggak utama CYC. Logo baru, semangat baru!