Tarikh: 5 November 2024 – 6 November 2024
Tempat: Institut Penyiaran dan Penerbitan Tun Abdul Razak (IPPTAR)
Tajuk Ceramah: Penerbitan Coffee Table Book
Coffee table book kalau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud buku mewah. Buku ini dibuat secara teliti, penuh dengan gambar dan naratif yang amat menarik dan biasanya berkulit keras kerana menampilkan ciri-ciri mewah.
CikYam dijemput untuk berceramah mengenai Penerbitan Coffee Table Book di Institut Penyiaran dan Penerbitan Tun Abdul Razak (IPPTAR) pada 5 November 2024 dan 6 November 2024. Alangkah seronoknya berkongsi ilmu dengan para peserta yang sangat sporting dan sentiasa memberikan respons yang baik ketika dalam kelas.
Hari pertama, CikYam bercakap soal idea. Coffee table book tidak sama dengan buku kisah hidup dari segi pembikinannya. Penulis perlu menyeimbangkan antara naratif dengan koleksi gambar kerana bagi penerbitan buku mewah, gambar adalah amat penting.
HARI KEDUA – TATABAHASA
Kursus untuk hari kedua, CikYam fokus kepada tatabahasa dan ejaan. Nampak macam tak penting tapi sebenarnya tatabahasa dan ejaan yang betul, mampu menaikkan kredibiliti buku mewah yang kita tulis.
PEMENANG KUIZ KAHOOT
Bagi memeriahkan kursus, CikYam buat kuiz kahoot. Siapa yang menang, dapat buku PROWRITER bernilai RM79. Pada hari ini, pemenangnya ialah Mazni Hanum yang datang dari Ipoh, Perak. Tahniah Mazni! Datang dari jauh, dapat hadiah buku PROWRITER. Moga bermanfaat.
Bagi mana-mana jabatan kerajaan atau organisasi yang ingin mendapatkan kursus penulisan, bolehlah hubungi CikYam ya. Klik je sini (Jemputan Kursus Penulisan CikYam)