Kesilapan Copywriting Rekrut, Leader Team Bisnes Patut Tahu!

Merekrut team adalah salah satu cara untuk seseorang itu cepat berkembang dalam bisnes sistem ejen. Dia macam lantik orang bawahan (downline) tapi sistem ejen ni dikatakan bukan macam multilevel marketing (MLM). Gitulah lebih kurang. Sistem ejen menjalankan bisnes dengan lebih baik, menjaga setiap ranking ejen yang ada.

CikYam berpengalaman menulis copywriting rekrut ni sejak bertahun-tahun lamanya dalam bidang kewartawanan. Banyak syarikat produk kosmetik dan kesihatan yang menjalankan bisnes jenis sistem ejen. Mereka ini aktif mempromosikan produk dalam majalah dan akhbar. Hal ini membuatkan mereka sering membeli iklan dalam majalah dan akhbar tempat CikYam kerja.

Strategi mereka ni, bukan sekadar promote kata produk mereka bagus. Tapi mereka jugak promote mengatakan produk mereka ini sangat sesuai kalau hendak dijual. Senang jual, senang buat duit. So, jomlah join sebagai ejen dan start buat duit lumayan.

Ada macam-macam cara untuk buat copywriting jenis rekrut. Banyak. Tapi apa yang CikYam selalu tengok di fesbuk terutamanya, orang buat copywriting rekrut dengan cara kurang betul. Salah satunya adalah marketing rekrut dengan cara tayang kemewahan. Letak duit banyak-banyak. Memukau nafsu nak cepat kaya penonton atau pembaca. Kan?

Yang belum ada duit untuk ditayang pulak, mulalah menggunakan copywriting yang membuai perasaan. Meh, CikYam nak tunjuk contoh. Try korang baca situasi kat bawah ni.

Nak cari team bisnes yang berkualiti bermula dengan copywriting berstrategi. Elakkan copywriting janji bulan bintang.

SEMBANG CIKYAM DENGAN SORANG MAK LEADER

“CikYam, boleh tak tolong buatkan copywriting rekrut. Saya nak cari team lagi la,” kata dia.

“Oh, boleh. Copywriting rekrut lain sikit tau harga dia. Tak sama macam copywriting yang selalu tu,” kata CikYam berterus terang. Ermmm CikYam kan mata duitan. 🤣

“Tak pe CikYam. Cuma itulah, saya nak rekrut team bulan Mac nanti ni,” kata dia.

“Team sekarang berapa orang? Sikit sangat ke?” tanya CikYam.

“Ramai tu memang ramai. Tapi semua tido. Yang syahid pun ramai,” jawab dia. Ada bunyi-bunyi frust kat situ.

“Oh, tu biasa. Apa masalah diorang?” tanya CikYam.

“Tak menyahut CikYam wehhh dalam group. Senyap sunyi. PM tepi pun sendu. Hahahaha,” katanya sambil gelak.

“Dulu rekrut pakai copywriting macam mana? Meh tunjuk, CikYam nak tengok. Nak bedah siasat sikit,” pelawa CikYam.

Tingggg. Dia send copywriting dia dulu. Bila CikYam baca. Ermmmm patutlah.

“Nak tak buat biz yang sesambil tengok tv drama Korea pun duit masuk. Sambil masak nasi pun duit berdesup masuk. Sambil tidokan anak pun duit kaching-kaching.”

Ermmmmm padanlah. Nak tau apa masalah copywriting ni? Satu je masalah dia tapi masalah besar iaitu tak berpijak di bumi yang nyata.

Bila kita tulis copywriting macam tu, kita tarik lead yang masuk tu adalah individu yang nak buat biz nyambil-nyambil je la. Tak serius. Yelah, biz sambil-sambil kan?

Pastu bila team buat task pun sambil-sambil, haaaa leader yang sakit kepala. Jangan salahkan dia. Awak yang cari kan team macam tu. Kan?

“Dah buat task yang saya minta?”

“Kejap ek. Saya tengah tidokan anak. Nanti saya sambil-sambil ni buat task. Zzzzzzz.”

Hamik kau. Kesimpulannya, tulis copywriting biar jelas, biar terang, biar nyata. Jangan ada udang di sebalik batu. Jangan janji bulan dan bintang. Bisnes sambil-sambil ni memang takdenye duit masuk berdesup atau kaching-kaching. Sila jujur dalam copywriting anda.

©CikYam
Tulis entri ni sambil minum kopi. Haha.

Korang mesti suka entri yang ini juga >> CONTOH COPYWRITING LIPMATTE YANG BEST