Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Kena Halau Dengan Artis, Stall GTR Burger Jadi Saksi, Sedih!

Facebook
Twitter
LinkedIn

CikYam malas la nak cakap banyak. Tapi kan, wartawan selalunya tak lupa artis. Tapi artis selalu lupa wartawan walaupun wartawan tu banyak kali jumpa kat event dan banyak kali menulis pasal artis tu. Kenyataan weh.

Sama la macam situasi semalam. CikYam ni kadang malas nak bergambar dengan artis yang terserempak tepi jalan. Tapi entahlah, tiberrrr teringin lak nak beraksi macam netizen tak pernah jumpa artis.

Kebetulan lak CikYam lalu area kat Setia Alam dengan officemate, budak intern. CikYam singgah Mr DIY nak beli kertas lukisan untuk kelas Pendidikan Seni anak. Nampak lak Azwan Ali dok beli burger kat stall GTR Burger sebelah kedai Mr DIY tu. Sajalah ambik fon, ambik video. Netizen kan…

Nampak Diva Azwan Ali duduk kat gerai GTR Burger. Nampak macam sangat biasa-biasa je, retis makan kat gerai tepi jalan.
CikYam tegur dia, kata nak bergambar boleh tak.
Budak intern ambik gambar dulu.
CikYam inform Diva AA. CikYam kata burger kat situ mahal. Korang tak rasa mahal ke burger RM55 seketul?

Terus kena carut, “Kau ingat aku tak mampu? Duit aku berkepuk-kepuklah. Dah gi balik.”

Malu weh aku kat budak intern tu. Dahlah budak intern tu tahu CikYam ni bekas wartawan. Takkan la Diva AA tak kenal CikYam. Yelah, kita tak glamer. Mana Azwan Ali nak ingat muka wartawan, lelagi wartawan dah hilang pekerjaan macam CikYam ni. Siap kena halau weh. Sebab tersalah cakap, burger kat situ mahal. So dia ingat kita anggap dia takde duit. Kah!

Terasa hati kittewww. Dia nak marah aku up blog pasal dia? Ada aku kesah? Nyesal jadi netizen. Tobat dah!

Video ada kat TikTok CikYam (Kena halau dengan artis)

Read More

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top