Ganti Puasa? Jom Berbuka Dengan Kurma Sejuk ‘The Cool Dates’

Kurma sejuk. Korang pernah makan tak? CikYam sejujurnya first time makan kurma sejuk masa kat Madinah, time buat umrah Disember 2019 lepas. Tapi masa kat Madinah, CikYam tak jumpa pulak kurma sejuk besar macam ni. Yang ada semuanya comel-comel je.

Bebaru ni, CikYam nampak di facebook kawan nama Asyiqin Mohd Mohdi. Dia jual kurma sejuk dengan nama The Cool Dates. Terimbau pulak kenangan masa makan kurma sejuk kat Madinah dulu. Teruslah grab sebungkus.

Tak lama lagi, lebih kurang lagi dua bulan kita dah nak puasa bulan Ramadan kan? So time ni CikYam selesaikan ganti puasa tahun lepas. Ada sehari dua lagi belum selesai. Selalunya dah ganti awal-awal. Tapi tahun ni tak tau la kenapa. Dah nak sampai Ramadan semula, masih belum selesai ganti puasa.

Kali ini CikYam nak berbuka puasa dengan kurma sejuk. Kurma sejuk ni sebenarnya adalah kurma yang masih muda atau dipangil ruthab. Eh korang tahu tak kurma ni ada 4 fasa ikut umur? Meh nak citer.

4 FASA KURMA

Kurma ni sebenarnya ada 4 fasa ikut umur dia. Fasa tu adalah Chimri, Khalal, Ruthab dan Tamar.

CHIMRI adalah kurma yang paling muda.

KHALAL adalah adalah kurma yang kedua muda.

RUTHAB adalah fasa ketiga dalam usia buah kurma ni. Belum masak sempurna tapi tak muda sangat. Kalau disimpan elok dalam peti sejuk, masih nampak kesegaran dia. Selalunya, ruthab ni warnya kuning, merah atau hitam.

TAMAR adalah buah kurma yang selalu kita makan. Tamar ni kiranya peringkat kurma paling dah masak sempurna. Teksturnya kering. Inilah yang selalu kita beli kat Malaysia ni sebab buah ni tahan lama.

KURMA SEJUK SEDANG VIRAL

Sekian lama kita makan kurma yang dah masuk usia tamar, kali ni di Malaysia sedang viral dengan kurma ruthab atau dipanggil kurma sejuk. Ruthab yang dibawa masuk ke Malaysia ni ada dua jenis tau. Sama ada merah atau hitam-hitam manis. Nak tahu apa beza kurma ruthab yang merah dan hitam? Bezanya hanyalah pada rasa.

Yang merah, rasanya ada kelat-kelat sikit. Manakala yang hitam tu, rasanya lebih manis.

CikYam puas hati betul makan kurma sejuk ni. CikYam makan yang hitam. Memang best! Kalau kurma jenis tamar, dia kering. Tapi yang ini, dia basah, rangup dan sejuk. Memang berbeza. Jadi sekarang ada pilihan sama ada nak makan tamar atau ruthab. Khasiatnya sama, rasanya saja yang berbeza.

Satu lagi yang CikYam teruja dengan kurma sejuk The Cool Dates ni, saiznya besar. Ada yang menggelarkan kurma sejuk ni sebagai Ciku Malaysia. Macam-macam la korang ni kan.

BANYAK KHASIAT KURMA

Buah kurma ni, tak kiralah sama ada ruthab atau tamar, memang banyak khasiat. Antara khasiatnya adalah:

1) Tinggi serat. Boleh bantu rasa kenyang lebih lama.
2) Gula dalam buah kurma boleh bantu tingkatkan tenaga dalam badan.
3) Sesuai diamalkan oleh ibu hamil untuk dapatkan cukup nutrisi buat ibu dan bayi dalam kandungan.
4) Bagus untuk ibu berpantang bagi mendapatkan tenaga dan susu yang meriah untu bayi.
5) Boleh dijadikan campuran dalam bijirin atau susu untuk menambah keenakan sajian.

Eh, macam-macamlah khasiat kurma ni.

MACAM MANA NAK DAPATKAN KURMA SEJUK ‘THE COOL DATES’ BY The Aisy Snack

kurma sejuk
Sebekas ni beratnya 500 gram.

Korang boleh pergi ke facebook Asyiqin Mohd Mohdi. Boleh PM Kak Kin. Anda akan dilayan dengan mesra. Kak Kin sendiri yang akan delivery kurma kat korang tau.

Untuk info, boleh juga layari facebook page The Cool Dates.

Penghantaran boleh dibuat secara pos atau delivery ke lokasi anda.

KAK KIN PERLUKAN MINI EJEN

“Kak Kin banyak buat biz sebelum ni. Tapi biz jual kurma sejuk ni sangatlah membantu Kak Kin yang banyak hutang ni. Jadi, berdasarkan pengalaman Kak Kin, kurma sejuk ni memang banyak permintaan. Kak Kin nak ajak sesiapa yang ada hutang, siapa yang nak tambah duit poket, jom join Kak Kin. Kak Kin base di Selangor dan Kak Kin perlukan ejen di negeri lain jugak.”

SELANGOR
Shah Alam
Kapar
Meru
Klang
Jalan Kebun
Bandar Saujana Putra
Dengkil
Bukit Changgang
Tanjung Sepat
Sg Pelek
Banting
Putrajaya
Kuala Lumpur

NEGERI LAIN
Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan, Perak. Kedah, Penang, Sg Petani.

Inilah Asyiqin atau mesra dipanggil Kak Kin.