First Time Anak Masuk Tahun 1? Ini Proses Pendaftaran Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Tahun 2022, CikYam barulah nak ada pengalaman anak masuk Tahun 1 sekolah kebangsaan. Dia punya tahap blur tu boleh tahan la. Sekolah kan start bulan Mac 2022. Tengok fb, kengkawan dah mula beli baju, dah masuk group wasap atau telegram sekolah. CikYam ni satu apa pun takde.

CikYam start gelabah bila Mr Mama kata cikgu sekolah agama ada call dia. Cikgu tanya anak encik sekolah kebangsaan pagi atau petang? Kami nak start susun nama murid ikut kelas. So nak tahu anak encik sekolah kebangsaan pagi atau petang.

Disebabkan takde khabar berita daripada sekolah kebangsaan, so Mr Mama tak dapat nak sahkan anak sekolah pagi atau petang. Nak tahu apa masalahnya? Sebab kami tak buat pengesahan di sekolah yang ditempatkan.

KES BERMULA MACAM NI

Anak CikYam pada asalnya mohon sekolah di sekolah ABC. Dia dapat sekolah tu untuk prasekolah. Lepas dapat penempatan tu, Mr Mama dah uruskan hantar dokumen, hantar gambar semua ke sekolah tu. Kiranya dah settle la kan.

Tapi, sebulan belajar kat prasekolah, anak rindu nak sekolah kat Tabika Kemas iaitu sekolah masa dia umur 5 tahun dulu. Tiap pagi nak ke prasekolah, dia merengek nak sekolah kat Kemas. Nak tak nak, CikYam terpaksa la masukkan dia semula ke Kemas. Berhenti daripada prasekolah.

Tak lama lepas tu, bila penempatan untuk darjah 1 pulak, CikYam perasan Cama tak dapat sekolah kat sekolah ABC tu. Dia dapat di sekolah DEF. Ada arahan pengesahan dalam talian sahaja. So, CikYam pun klik je lah setuju kat butang pengesahan dalam talian tu.

Rupa-rupanya bukan begitu sahaja ye tuan puan. Jangan fikir dah klik pengesahan tu, nama anak tuan puan dah ada di sekolah untuk Tahun 1 tu.

INI CARA SEMAK NAMA ANAK DI WEB KPM

Lepas dah isi permohonan nak masuk sekolah kebangsaan, nanti keputusan akan keluar dalam website tu. Korang simpan elok-elok username dan password tu. Jangan lupa. Catat la kat memana. Dalam diari ke, apa ke. Kalau lupa, susah nanti.

Untuk semak kemasukan ke Tahun 1 sekolah kebangsaan, korang masuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia. Nanti akan keluar macam gambar kat bawah ni. Korang nampak ruangan Daftar Masuk tu? Kat situ masukkan no kad pengenalan. Nombor kad pengenalan tu la yang jadi ala-ala username. Lepas tu masukkan kata laluan.

Langkah seterusnya, ikut step kat bawah ni.

Lepas masukkan username dan kata laluan, korang akan nampak 3 kotak ni. Pilih kotak pertama yang tulis Tahun 1 tu. Ini adalah untuk Semakan Pendaftaran. Kan kita dah buat permohonan sebelum ni kan. So, kat sini jugak la kita semak. Klik jer situ. Nanti keluar macam dalam gambar kat bawah ni.

Nanti akan keluar ruangan Semakan Permohonan macam ni. Ada nombor MyKid anak dan nama. Dah keluar gini, klik je SEMAKAN kat ikon sebelah nama tu. Lepas tu akan keluar la macam gambar di bawah ni.

Nampak tak dia suruh cetak surat permohonan dan cetak persetujuan kesihatan? Benda ni CikYam dah buat masa anak dapat masuk prasekolah macam yang CikYam cerita kat atas tu. Korang kena cetak jugak surat untuk penempatan sekolah yang kat bawah tu.

Macam mana suratnya? Tengok gambar di bawah ni.

Walaupun tarikh kat perenggan nombor 3 tu sangat mengelirukan, CikYam buat-buat paham je lah. Sebab sesi persekolahan kan start Mac 2022. Takkan nak sahkan bulan Ogos. Nanti akan ada tempat untuk kita klik PENGESAHAN ONLINE.

WAJIB HUBUNGI PIHAK SEKOLAH

Masuk tarikh 20 Februari 2022, CikYam dah makin gelabah sebab takde khabar berita daripada sekolah kebangsaan. CikYam pun google nombor telefon sekolah dan tanya pasal anak nak masuk Tahun 1. Bila pihak sekolah semak dalam senarai nama, nama anak CikYam takde.

“Puan dah masuk dalam group telegram sekolah?”

“Takde,” jawab CikYam.

“Nama anak puan takde ni. Puan dah buat pengesahan?”

“Saya buat online,” jawab CikYam.

“Oh, puan kena jugak datang sekolah.”

“Saya buat online sebab dalam website KPM kata pengesahan online je,” kata CikYam.

“Kena datang jugak sekolah. Puan bawak dokumen bla bla bla…” kata kerani.

“Oh, yang tu dulu dah buat kat sekolah yang dipohon. Tapi anak saya dapat sekolah yang ni,” kata kerani.

“OK, kalau gitu, puan ambik dokumen kat sekolah tu, bawak ke mari ya,” jawab kerani tu.


Mujurlah kerani sekolah ni sangat memberi ketenangan. So, keserabutan tu agak reda. Lepas tu, CikYam kumpul semua dokumen yang diperlukan. Malas rasanya nak suruh Mr Mama ke sekolah lama untuk ambik dokumen tu. Buat je dokumen baru. Cuma kena cuci gambar 4 keping.

So korang, walaupun dalam surat tu kata kena buat pengesahan secara atas talian, korang tetap kena pergi sekolah yang ditempatkan tu. Hubungi pihak sekolah sama ada datang ke sekolah tu atau telefon.

Saranan CikYam pada pihak sekolah, boleh rasanya kalau nak aktifkan fb page sekolah sebagai platform saluran maklumat penting. Kalau tak nak ibu bapa asyik bertanya soalan ke apa, boleh off ruangan komen. Andai guru telah cukup bebanan kerja, bolehlah ambil penulis upahan macam CikYam ni untuk aktifkan fb page tu. Sekadar cadangan. Hehe.


.