Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Ceramah Penulisan Kreatif di Pusat Perhubungan Alumni UPM

Facebook
Twitter
LinkedIn

Tarikh: 26 Jun 2024
Tempat: Pusat Perhubungan Alumni, UPM
Tajuk Ceramah: Penulisan Kreatif untuk Rencana

Perjalanan dari rumah ke Pusat Perhubungan Alumni UPM yang agak sesak dengan kenderaan dan empat kali kena bayar tol, terasa amat berbaloi. CikYam berpeluang menjamu mata dengan ruang pejabat yang cantik susun aturnya dan sambutan kakitangannya yang mesra, menyejukkan hati yang tadinya agak panas sebab jalan jem.

Seperti biasa, CikYam akan sampai awal kerana selalunya CikYam akan duduk berehat dahulu sebelum memulakan sesi ceramah. Tambah menarik, pihak penganjur ada sediakan teh tarik dengan nasik lemak. Aduhai. Opsss bukan itu saja. Siap ada kuih keria sebagai pemanis mulut. Lengkap untuk buat seketul CikYam disaluti rasa gembira.

CikYam sampai sejam awal pagi itu. Ceramah pukul 10 pagi, pukul 9 pagi CikYam sudah sampai di pejabat Pusat Perhubungan Alumni UPM.

Ini kali pertama CikYam dijemput berceramah mengenai penulisan kreatif bagi rencana dan berita di institusi pengajian tinggi seperti UPM. Kehadiran individu dengan title Dr membuatkan CikYam sedikit gentar. Dub dab dub dab rasa hati. CikYam rasa sangat terpesona kerana mereka ini tangkas ambil nota. Bagaikan apa yang CikYam cakap, semua nak dicatat.

Mereka bukan biasa-biasa. Ada yang bergelar Dr.

“Saya terlalu terikat dengan gaya penulisan ilmiah. Susah nak hasilkan penulisan santai macam puan tunjuk ni. Saya rasa seronok nak cuba,” kata salah seorang peserta.

“Saya rasa best bila tahu teknik tulis intro. Sifir yang puan maklumkan ni memang sangat membantu,” kata sorang lagi.

“Tak sangka puan buat research pasal kami untuk ceramah ni. Memang saya nampak jelas apa nak ditambah baik untuk rencana web kami,” kata sorang lagi bila CikYam jadikan contoh rencana dan berita yang mereka sendiri tulis dan publish dalam website mereka tu.

Gaya berceramah.

Ya, CikYam memang jenis trainer yang tunjukkan pembelajaran dengan konsep ‘belajar daripada kesilapan’. Mana yang kurang tepat, CikYam akan jadikan contoh dalam slide. Maknanya, setiap kelas, slide baru. Slide segar yang CikYam duduk buat kajian dulu dan masukkan research CikYam tu. Bukan slide 14 tahun lepas digunakan dalam setiap kelas yang CikYam buat. Aaagittewww.

CikYam dapat sijil sebagai penceramah.
CikYam sampaikan buku PROWRITER tulisan CikYam kepada Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Dr. Mohd Mokrish Md. Ajat.

CikYam rasa gembira dapat berceramah di Pusat Perhubungan Alumni UPM. Semoga apa yang CikYam sampaikan dapat membantu peserta untuk menambah baik penulisan rencana dan berita di website masing-masing.

Read More

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top