Bagaimana Madu Kelulut Bermanfaat Kuatkan Imun Badan?

Selain vitamin C, CikYam amalkan madu kelulut sepanjang kuarantin sebagai pesakit Covid-19. Ada banyak madu di muka bumi ini. Namun madu kelulut menjadi pilihan CikYam.

Kenapa madu kelulut? Sebabnya, madu kelulut ni ada kajian yang menunjukkan berpotensi untuk kurangkan gejala bila kita kena Covid.

Walaupun bukanlah laporan klinikal, tapi sekurang-kurangnya ada data yang bagus pada madu kelulut ni. Tambahan pula, madu ada disebut dalam al-Quran sebagai salah satu penawar kepada penyakit.

An-Nahl Ayat 69 yang bermaksud, “Kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir.

Menurut Presiden Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Darul Naim (Droness), madu kelulut sangat membantu mengawal selia sistem inflamatory kerana madu kelulut ada bahan antioksidan seperti phenolic yang konsisten. Jadi, madu kelulut boleh bantu mengawal keradangan pada bahagian pernafasan.

Rujukan artikel bertajuk: Memahami bagaimana madu kelulut mungkin berpotensi dalam mengurangkan keparahan dalam jangkitan Covid-19.

Madu kelulut bukan membunuh virus tapi bantu bahagian pernafasan dan juga stabilkan tindak balas sistem imun. Jadi, atas sebab itulah, salah satu makanan tambahan yang CikYam amalkan buat masa sekarang ini adalah madu kelulut. Ketika entri blog ini CikYam tulis, CikYam sedang dalam pantauan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana positif Covid-19.

CikYam bermula dengan positif Covid-19 tahap 2 dan hari ini CikYam telah mula pada tahap 1. Alhamdulillah. CikYam dipantau mulai 20 Ogos 2021 dan tamat pada 29 Ogos 2021 nanti.

MADU KELULUT D’BUTIK SEMANIS MADU

Sebaik sahaja CikYam disahkan positif Covid, CikYam terus amalkan madu kelulut. CikYam ambil 2 sudu besar pada sebelah pagi ketika perut kosong. Kemudian 2 sudu besar lagi ketika waktu petang, lepas asar.

CikYam makan madu kelulut keluaran D’Butik Semanis Madu. Jauh dari Kelantan madu ni. Kenapa pilih madu ni? Ini sebabnya.

[1] MADU FRESH DARI LADANG – Madu dituai di ladang ternakan sendiri yang dinamakan Rumah Kelulut. Ladang ini dijaga dengan rapi. Persekitaran dipastikan bersih dan di kelilingi pelbagai nektar bunga-bungaan.

Pintu gerbang ke Rumah Kelulut.

[2] HALAL – Dijamin halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kita tahu kan proses nak dapat sijil halal ni bukan calang-calang. Jadi, kalau sesuatu produk itu ada sijil halal, maknanya produk itu memang bagus dari segi bahan mentah dan proses pembuatannya.

[3] 100% MADU ASLI. Diuji oleh Makmal Kualiti Madu Pantai Timur, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Ini penting sebab CikYam bimbang kalau termakan madu yang dicampur dengan bahan lain, misalnya air gula.

[4] TINGGI BERKHASIAT – Kandungan antioksidan dan manfaat vitamin C dalam setiap titisan madu kelulut sangat baik untuk kesihatan.

[5] PENGIKTIRAFAN – Madu kelulut keluaran D’Butik Semanis Madu diiktiraf di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Malaysia.

Persekitaran bersih dan dipenuhi sarang kelulut.
Madu yang telah disedut ke dalam tong untuk diproses.

APA PRODUK YANG ADA?

Ini produk yang boleh anda dapatkan dari D’Butik Semanis Madu.

Inilah dia 5 jenis produk ikut saiz.

Secara detail saiz dan harga, dalam gambar di bawah ya.

MACAM MANA NAK BELI?

Inilah butik madu tu. Di Pasir Puteh, Kelantan.

Madu ni boleh diposkan ke seluruh negara. Dibungkus rapi dengan pembungkusan sempurna untuk elak berlakunya botol pecah.

Kalau korang nak beli, boleh klik link di bawah:
fb Page: D’Butik Semanis Madu
WhatsApp: SAYA NAK BELI MADU KELULUT D’BUTIK SEMANIS MADU

Akhir kata, kita ikhtiar dengan makanan yang berkhasiat. CikYam percaya madu memang banyak manfaatnya. Apatah lagi dengan ayat al-Quran sendiri yang jelas menerangkan bahawa madu itu penawar. Jadi, tak salah kita usaha dengan madu. Cubalah. Mudah-mudahan, pesakit Covid seperti CikYam dapat manfaatnya. Doakan CikYam terus sihat ya.

Korang mesti suka entri ini juga> Serum Untuk Bibir Sihat