Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Bacaan Bermanfaat, Motivasi Kala Jiwa Rapuh

Facebook
Twitter
LinkedIn

CikYam masih baca buku motivasi bertajuk Allah Tak Pernah Jauh. Bab 2 ni agak panjang. Salah satu tajuk yang dibahas dalam buku ni adalah Jangan Keterlaluan Dalam Berharap.

Betul, kan? Bila kita dapat berita yang lain daripada apa yang kita harapkan, kita akan down. Kita harap A tapi kita dapat B. Hancur harapan.

Ini salah satu buku yang CikYam baca masa CikYam down lepas kena buang kerja. CikYam pernah berharap supaya dapat kerja wartawan sampai pencen atau sekurang-kurangnya sampai CikYam sendiri yang nak undur diri. Tapi bila dapat berita, dibuang kerja, memang hancur harapan.

Sekali lagi buku ini CikYam baca bila CikYam disahkan positif Covid. Berharap supaya negatif. Tapi bila positif kovit, hancur harapan.

buku motivasi
Allah Tidak Pernah Jauh karya Suhana Amiril.

MOTIVASI DENGAN MEMBACA

Dalam buku ni, penulis ada berbicara soal harapan. Tajuk kecinya, Jangan Keterlaluan Dalam Berharap. Manusia memang suka berharap pada manusia lain. Kita berharap bila kahwin, jodoh akan berkekalan. Kita berharap bila bercinta, si dialah jodoh kita. Kan?

Bila bekerja, kita harap kerja kita kekal sampai pencen. Kita harap segala-galanya indah. Padahal, hidup kita ini kita hanya perlu berusaha. Selebihnya biar Allah yang tentukan. Boleh berharap pada manusia tapi jangan keterlaluan.

Dalam bab 2 ini, penulis sarankan beberapa perkara supaya tak rosakkan hati sendiri dengan harapan yang keterlaluan.

1) JANGAN ADA RASA MEMILIKI

Rasa memiliki tu bahaya. Kita rasa sesuatu itu adalah kita punya. Macam situasi CikYam, sebab dah terlalu lama dengan kerja wartawan tu, sampai rasa jawatan itu aku yang punya. Padahal, semuanya adalah sementara. Ya, sementara diperlukan. Bila dah tak perlu, jawatan tu boleh ditiadakan atau diberi pada orang lain.

Kalau tak rasa memiliki, mesti sakitnya tak teruk sangat. Kan?

2) BERI PELUANG PADA DIRI

Diri kita patut diberi peluang untuk berjaya dalam ruang lingkupnya. Tak semestinya berjaya sebagai wartawan je. Mungkin diri CikYam boleh lebih berjaya sebagai surirumah. Tak mustahil, kan? So, berilah peluang pada diri kita sendiri untuk atasi kemampuannya.

3) JANGAN ZALIMI DIRI SENDIRI

Bila kita tak terlalu berharap pada sesuatu, kita takkan zalimi diri kita sendiri. Kita zalim pada diri kita bila kita anggap kita takkan berjaya selepas gagal dalam sesuatu.

CikYam rasa bila hilang jawatan, terus gagal. Padahal makna kejayaan tu sangat luas. Tak semestinya hanya dengan jadi wanita bekerjaya itulah makna kejayaan terbesar dalam hidup.

©CikYam
Bergantung harap hanya pada Allah.

Read More

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top