Apa Tugas Penulis Upahan?

Penulis upahan ialah orang yang menulis untuk orang lain. Dia menerima upah lalu hasil tulisannya menjadi hak milik yang memberi upah. Misalnya dia menerima upah untuk menyiapkan sebuah buku, nama penulis buku itu adalah nama si pemberi upah, bukan nama kita sebagai penulis upahan.

Jadi, apa sebenarnya tugas-tugas seorang penulis upahan? Jom CikYam citer sikit berpandukan pada pengalaman CikYam jadi penulis upahan.

TUGAS PENULIS UPAHAN

1) MENULIS KONTEN

Nama pun penulis, jadi tugas paling utama seorang penulis upahan adalah menulis konten. Ada masanya CikYam menulis untuk posting facebook. Ada masanya CikYam menulis copywriting yang akan digunakan oleh klien untuk instagram. Konten juga boleh berbentuk sales page iaitu satu teks panjang berbentuk storytelling dengan objektif menjual.

Selain itu, CikYam juga menulis manuskrip e-book. Lazimnya hal ini memerlukan satu perbincangan yang berfokus supaya kedua-dua belah pihak jelas dengan hala tuju e-book itu.

2) MENJAGA MEDIA SOSIAL

Selain menulis, CikYam sebagai penulis upahan juga menyediakan perkhidmatan menjaga media sosial. CikYam tulis konten posting facebook page. Kemudian CikYam membuat poster untuk gambar dalam status facebook page itu. Kemudian CikYam sendiri akan muat naik posting facebook page itu.

3) MENDENGAR AUDIO

Sebagai penulis upahan, CikYam juga membuat tugas mendengar audio. Selepas mendengar audio itu, CikYam akan menulis audio itu dalam bentuk teks. Biasanya klien tidak mahu audio dialih sebijik-sebijik daripada biji butir audio tu. Tapi mereka mahu kita tuliskan dalam bentuk nota yang mudah difahami.

4) MEMBUAT VIDEO

Ada juga penulis upahan yang diminta untuk membuat video. Setakat ini CikYam tidak sediakan servis ini lagi. Al-maklumlah, team CikYam bukannya ramai dan kami memang fokus fokus pada penulisan saja. Insya-Allah, suatu hari nanti, pastikan bercahaya, pintu akan terbuka, kita langkah bersama, di situ kita lihat, bersinarlah hakikat, debu jadi permata, hina jadi mulia, bukan khayalan yang aku berikan, tapi keyakinan yang nyata, kerana cinta lautan berapi, pasti akan kurenang jua. Ya Tuhannn, termenyanyi pulak. Hahahahaha.

4) KELAS MENGAJAR ORANG LAIN MENULIS

CikYam mengajar secara online.

Alhamdulillah, CikYam ada kelebihan dalam bidang penulisan sebab pernah bekerja sebagai wartawan majalah dan akhbar selama lebih 16 tahun. Jadi, pengalaman tu sangat bermakna dan membantu CikYam dalam dunia penulisan terutamanya konten berbentuk artikel (rencana).

Antara anugerah terindah dalam kerjaya sebagai wartawan.

Pernah menang anugerah Wartawan Rencana Bahasa Melayu Terbaik anjuran Malaysian Press Institut membuatkan CikYam rasa yakin nak buat sharing pasal penulisan artikel berkualiti. CikYam ada buat kelas dan kalau berminat bolehlah klik di sini untuk info lanjut (Personal Coaching Tulis Artikel). Untuk kelas sebagai ghost writer CikYam belum ada update lagi.

So, inilah antara tugas penulis upahan. Korang berminat ceburkan diri sebagai penulis upahan? Seronok weh!