Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Team Penceramah PROWRITER Sedia Berkhidmat untuk Anda

Facebook
Twitter
LinkedIn

CikYam ingin memperkenalkan barisan penceramah PROWRITER yang selalunya menjadi team tiap kali CikYam pergi berceramah mengenai penulisan di merata tempat. Biasanya, kalau sesi ceramah adalah selama dua hari atau tiga hari, CikYam akan bersama-sama dengan mereka ini untuk melengkapkan modul yang perlu disampaikan.

Jom kenali team penceramah penulisan PROWRITER. Kami ialah barisan penceramah bertauliah yang penuh dengan pengalaman dalam bidang kreatif. Bidang kami adalah penulisan, multimedia, media massa, komunikasi, seni reka grafik, penerbitan dan pemasaran. Pengalaman bekerja dalam bidang kewartawanan dan penyiaran selama hampir 20 tahun menjadikan kami relevan dalam bidang kejurulatihan.

Setakat ini, kami telah menjalankan latihan penulisan kepada banyak pihak termasuk korporat, kakitangan kerajaan dan orang perseorangan.

Kekuatan kami adalah saling melengkapi dan satu modul penulisan yang mamtap dapat dihasilkan apabila setiap penceramah menyampaikan ilmu berdasarkan kepada kepakaran yang tersendiri.

Jom berkenalan!

Maryam Elyas (CikYam)

CikYam ialah penceramah atau jurulatih bertauliah. Anda boleh baca dalam posting-posting dalam website CikYam ni mengenai kepakaran CikYam. Secara mudahnya, CikYam lebih kepada modul penulisan berstrategi. Antara topik yang boleh CikYam sampaikan dengan baik adalah:

  • Kerjaya penulis upahan
  • Penulisan rencana, buletin, dokumen rasmi
  • Penulisan kreatif (storytelling, iklan (copywriting), anekdot)
  • Penerbitan coffee table book (buku mewah)
  • Etika penulis profesional
Ini adalah sisipan dalam proposal yang selalunya CikYam berikan kepada klien yang ingin bekerjasama dengan kami.

Rosli Mohd Nordin

Ini sahabat CikYam yang sangat berkredibiliti dalam bidang kejurulatihan. Beliau boleh menyampaikan ceramah penulisan sama seperti CikYam. Tapi selalunya beliau lebih terarah kepada modul seperti berikut.

  • Penulisan media sosial
  • Penerbitan multimedia penyiaran
  • Etika pengacara majlis
  • Penerbitan podcast

 

Norazwan Nazim

Beliau juga sahabat CikYam yang selalu bekerjasama dengan CikYam dalam sesi ceramah penulisan. Kepakaran beliau adalah dalam bidang reka bentuk grafik. Selalunya, beliau akan menyampaikan modul seperti:

  • Penerbitan coffee table book
  • Penerbitan manuskrip buku
  • Rekaan grafik janaan AI
  • Canva dan Canva Pro

Jika anda ingin mendapatkan sesi bengkel penulisan bersama kami, boleh hubungi CikYam ya. Insya-Allah kami berikan modul terbaik dan ilmu yang sangat bermanfaat. Bukan itu sahaja, kami berikan ilmu penulisan yang relevan pada zaman ini.

Bukan setakat di Lembah Klang, tetapi team penceramah kami sedia pergi ke lokasi anda untuk berkongsi ilmu. Jangan lupa hubungi CikYam jika anda ada sebarang soalan. Terus hantarkan WhatsApp di sini.

CikYam sedang beraksi sebagai penceramah penulisan.

 

 

Tuan Rosli Mohd Nordin sedang memberikan ceramahnya.

Read More

Scroll to Top