Tahun 2025, rasanya pencapaian terbesar setakat ini dalam kerjaya penulisan buku CikYam adalah terbitnya buku bertajuk Siapa Noor Arfa? Dalam buku ini CikYam bertindak sebagai penyelaras, penulis, penyunting dan juga pembaca pruf. CikYam juga membuat pendaftaran ISBN di Perpustakaan Negara Malaysia.
Team CikYam iaitu Wans Komo bertindak sebagai Pengarah Seni yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan kulit buku. Sekali gus dia juga membantu dari segi mencetak buku. Seorang lagi team iaitu Iqmal Azri, membantu dari segi rekaan keseluruhan buku.

Kisah bermula pada 20 April 2024. Seorang staff Noor Arfa hubungi CikYam selepas dia cari di Google mengenai servis penulisan. Dia mengakui ada beberapa nama, namun rasa percaya lebih kuat kerana dapat membaca latar belakang CikYam melalui website www.maryamelyas.my. Dia juga tengok facebook CikYam.
Pada dasarnya, CikYam bersetuju untuk bekerjasama membantu Noor Arfa menyiapkan buku ini. Ini adalah satu peluang besar untuk CikYam Creative dan PROWRITER untuk bekerjasama dengan satu syarikat besar seperti Noor Arfa.
Selepas mendapat mesej di WhatsApp, staff Noor Arfa membuatkan satu janji temu antara CikYam dan bos Noor Arfa sekarang iaitu, Encik Wan Mohd Hafiz iaitu anak kedua kepada pasangan suami isteri Noor Arfa.
Kami bertemu di Bukit Jelutong. Semasa pertemuan itu, CikYam membentangkan proposal mengenai penulisan buku yang mempunyai 12 bab semuanya. Buku berbentuk kronologi dari awal penubuhan hingga era tahun 2020 yang bersejarah dengan hadirnya wabak pandemik.


Selepas selesai menyiapkan penulisan manuskrip dan juga layout dalaman buku, CikYam buat satu janji temu untuk semua team turun ke Terengganu bagi menjalankan penggambaran. Semua anak dan menantu turut hadir ke lokasi penggambaran. Sebagai penyelaras, CikYam menyerahkan manuskrip akhir buku Siapa Noor Arfa kepada Puan Noor Hijerah untuk semakan terakhir.
Sepanjang proses penerbitan buku ini, sesi interview berlangsung sebanyak lima kali. CikYam interview Pengasas Noor Arfa iaitu Encik Wan Mohd Ariffin Wan Long dan Puan Noor Hijerah Hanafiah. Interview di buat di kediaman mereka di Chendering. Mesra sangat mereka berdua. CikYam tak dilayan seperti tukang tulis buku sebaliknya dilayan seperti tetamu. CikYam juga berpeluang melawat sekitar kilang Noor Arfa. Paling best, dapat masuk ruang Noor Arfa Premium yang menempatkan helaian batik bernilai ribuan ringgit. Tak dapat beli, dapat tengok pun CikYam puas hati. Memang lawa sesangat.
Pada Jun 2025, buku Siapa Noor Arfa? siap dicetak dan pengasasnya bertemu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk sesi tandatangan. Kenapa mereka berjumpa dengan Tun Mahathir? Ini kerana Tun Mahathir banyak memberikan semangat kepada Noor Arfa sejak sebelum penubuhan NACC Batik Pavilion lagi.
Sebagai penulis buku ini, CikYam amat berbesar hati kerana buku ini dapat dilahirkan sekali gus merealisasikan impian pengasas Noor Arfa untuk mempunyai sebuah buku sebagai dokumentasi kepada susah payah mereka membangunkan perniagaan batik Noor Arfa. Malah perniagaan ini dapat dijadikan legasi kepada anak dan menantu.
Sebagai coretan tambahan, saksikanlah beberapa gambar kenangan CikYam dan team ketika kami di Terengganu.
GAMBAR DI TERENGGANU





Banyak lagi sebenarnya tempat CikYam pergi untuk makan. CikYam memang peminat nasi dagang. Merata cari nasi dagang untuk puaskan selera. Cari juga sata yang panas-panas. Cari juga keropok. Terengganu memang sedap-sedap makanan dia. Okaylah, dah dapat penyu dua ekor. Seekor hijau, seekor biru. Buat kenang-kenangan dari bumi Terengganu!
Akhir kata, CikYam ucapkan jutaan terima kasih kepada Noor Arfa kerana percaya kepada khidmat penulisan dan penerbitan buku ini. Lain masa, kita bekerjasama lagi ya.
Kepada usahawan yang ingin mempunyai buku dan perlukan bantuan khidmat penulisan serta penulisan buku, jangan risau. CikYam ada untuk bantu anda. Klik sahaja DI SINI untuk hubungi CikYam ya.