Jika kita ada kemahiran menulis, usahlah disia-siakan. Ini kerana kemahiran menulis itu berpotensi untuk dijadikan sebagai senjata untuk meraih pendapatan melalui kerjaya penulis upahan. Ini bukan cerita kosong tetapi inilah pengalaman yang CikYam sendiri lalui.
Tuan puan nak tahu tak satu cerita?

Tahun 2020 dulu, CikYam pernah hilang pekerjaan. Kemudian, sepenuh masa CikYam jadi penulis upahan. CikYam sara hidup dengan duit upah menulis.
Sampailah tahun 2023, CikYam ditawarkan jawatan Pengurus Kandungan Strategik di sebuah agensi pengiklanan. CikYam kembali bekerja. Tapi itulah, kusangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan pada tengah hari.
Pada April 2026, CikYam kembali menjadi penulis upahan. Sesekali, CikYam terfikir, apalah nasib hilang kerja buat kali kedua. Pasti ada hikmahnya.
Sekarang, CikYam tak nak toleh ke belakang lagi. Selepas dua kali hilang kerja, CikYam tak nak pisang berbuah tiga kali. Hahahaha. Biarlah CikYam bekerja sendiri sebagai penulis upahan, ambil upah menulis dari rumah sahaja. Tak nak dah bekerja dengan orang lagi kerana sakitnya hilang pekerjaan ni sama sakitnya macam putus cinta.
Ketika ini, CikYam sedang mengusahakan dua buah buku pelanggan. Pelanggan ini CikYam dapat melalui website CikYam yang telah CikYam bina pada tahun 2021 dulu. Ni alamatnya www.maryamelyas.my
Rezeki melalui penulisan, alhamdulillah tak pernah putus. Bezanya sikit atau banyak sahaja. Bagi CikYam, sikit atau banyak, itu semua rezeki. Yang penting rezeki sentiasa cukup untuk menyara hidup.
KELAS ONLINE PENULIS UPAHAN 16 MEI 2026

Apa yang akan tuan puan dapat melalui Kelas Online Penulis Upahan ini?

Pun begitu, pada hari tersebut, tuan puan berpeluang menikmati bonus iaitu 30 minit modul terkini iaitu Modul Penulis Upahan dan AI. CikYam akan tunjukkan macam mana cara menyunting teks yang dihasilkan oleh AI menjadi lebih manusiawi.

Tuan puan boleh baca catatan cerita di blog CikYam untuk melihat job-job penulisan yang pernah CikYam dapat dengan kerja sebagai penulis upahan. Ini membuktikan, kerjaya penulis upahan masih tetap relevan walaupun teknologi AI semakin berkembang. Ini kerana masih ramai orang yang menghargai penulisan manusia berbanding robot. Yang penting adalah cara kita mendapatkan pelanggan dan jadikan pelanggan kita itu sebagai pelanggan tetap yang sentiasa mencari kita apabila memerlukan konten.
Justeru, jika anda perlukan ilmu ini, jom sertai kelas ini ya.
CikYam ingin jemput, tuan puan menyertai Kelas Online Penulis Upahan pada 16 Mei 2026, pukul 10 pagi. Jika ada yang memerlukan kelas ini, boleh daftar di link berikut:
https://maryamelyas.my/kelas-penulisan-online-bulanan/
Terima kasih dan jumpa di kelas nanti.





