Kumpul Follower TikTok Dalam Masa 4 Bulan
CikYam tak tahulah macam mana boleh terjebak dengan TikTok. Yelah, bukannya muda lagi nak bertiktok. Tapi itulah, asalnya sebab ada kawan ajak masuk TikTok dan tengok konten kat dalam tu. Kawan tu nama dia Fieza. Katanya, manalah tahu, ada sinar untuk CikYam brandingkan diri dalam tu pulak selepas sekian lama kat Facebook.
CikYam pun try la buat. Dia ajar CikYam untuk buat video secara tak langsung. CikYam try la buat sendiri tanpa ada apa-apa ilmu. Memang hampeh la video tu. Video hampeh macam tu pun CikYam ambik masa lebih 3 jam nak edit. Hahahahahaha.
Masa tu follower CikYam tak ramai pun. CikYam memang dah ada akaun TikTok. Buat pun sebab time kerja dulu bos suruh buat untuk up konten majalah dalam TikTok. Tapi tak sempat buat dah kena buang kerja. Hahahaha.
Ini link akaun TikTok CikYam kalau korang nak tengok. Jom follow jom>> CIKYAM.GHOSTWRITER
Sejak 22 Julai, CikYam up konten dalam tu. Fokus CikYam adalah untuk berkonten pasal penulisan. Sesuai la dengan kemahiran yang CikYam ada iaitu penulisan, kewartawanan dan juga sebagai penulis upahan.
Kat bawah ni CikYam masukkan screenshoot peningkatan follower akaun TikTok CikYam ye.
DARIPADA 59 KEPADA 2,336 FOLLOWER TIKTOK DALAM MASA 1 MINGGU
CikYam macam tak percaya follower di TikTok boleh naik sangat-sangat cepat. Berbeza la dengan media sosial CikYam yang lain macam facebook dan instagram. CikYam bukanlah sesiapa pun kan. Orang biasa je. Tapi peningkatan follower mendadak macam ni buat CikYam rasa semangat la nak buat konten kat akaun yang dikatakan sebagai media sosial remaja ni.
Kat bawah ni screenshot lagi ye. CikYam just nak tunjuk je peningkatan demi peningkatan follower kat akaun TikTok CikYam ni.
CikYam macam terkesima sekejap bila follower cecah 5,000 ni. Tak sangka. TQ sesangat pada korang semua yang sangat sporting menyokong wartawan yang diberhentikan kerja ni.
TERKINI, TUKAR USERNAME
Bulan Ogos, September, CikYam agak slow buat konten disebabkan CikYam positif Covid-19. Badan tak berapa sihat dan sekarang ni pulak CikYam fokus dengan pengajian master kat UiTM. Tapi, follower di TikTok tetap ada jugak meningkat walau tak banyak.
CikYam tukar username daripada @maryamelyas kepada @cikyam.ghostwriter sebab nak pembaharuan. Orang lebih senang nak tahu apa yang CikYam buat bila username macam tu. Gambar pun CikYam tukar. Sajelah nak ambik angin baru. Haha.
Sejak CikYam ada di TikTok, ada jugak job penulisan yang CikYam dapat. So, TikTok sebenarnya adalah satu lagi platform untuk korang yang ada buat bisnes.
Bagi CikYam, newbie pun sebenarnya boleh tambah follower. Lelagi kalau ada buat bisnes kecil-kecilan di rumah. Sesuai sangatlah cuba platform baru. Dengar kata, TikTok ads pun masih lagi murah tapi engagement tinggi. Kan?
KELAS TIKTOK UNTUK NEWBIE
CikYam dan team CikYam ada anjurkan kelas TikTok. Kelas ni memang sesuai sesangat untuk newbie. Kami ada sediakan juga kelas ulangkaji jika alumni kelas inginkan kelas ulangkaji. Group support pun open sepanjang masa. Maknanya kalau ada apa-apa yang nak ditanya, boleh tanya. Kami cuba jawab.
Nak tahu detail? Klik jer kat sini (KELAS TIKTOK UNTUK NEWBIE) Nak lagi berbaloi, join reramai dengan kengkawan seperjuangan dalam team bisnes online korang. Gituuuu.