Tentang Cik Yam

Mantan wartawan arus perdana. Kini aktif sebagai penulis upahan dan jurulatih penulisan. Perlukan khidmat penulisan atau jurulatih penulisan? Jom kita bekerjasama!

Komuniti Facebook PROWRITER, Lubuk Informasi Terkini Penulis Upahan

Facebook
Twitter
LinkedIn

Selain selalu menulis di blog www.maryamelyas.my, CikYam juga selalu berkongsi di laman media sosial facebook di akaun PROWRITER. Di facebook itu, selalunya CikYam menulis mengenai panduan ringkas. CikYam suka gunakan poster yang CikYam reka sendiri di laman Canva. Seronok sebenarnya membuat poster ni.

Sebenarnya, facebook group PROWRITER itu CikYam buat untuk menjadi satu lubuk komuniti yang ingin dapatkan panduan mengenai dunia penulis upahan atau ghost writer. Yalah, si facebook kan kita boleh saling berkongsi soalan dan mendapat jawapan dengan lebih cepat. Itulah fungsi media sosial.

Facebook group PROWRITER.

Buat masa ini, ada 119 followers di facebook PROWRITER. CikYam berharap follower semakin ramai supaya masing-masing mendapat manfaat daripada tertubuhnya facebook group ini.

Nak jengah facebook PROWRITER? Klik je sini (facebook PROWRITER)

ANTARA POSTER DALAM FACEBOOK

Nak tengok poster yang ada dalam facebook group ni?

Branding.
Isu AI kepada penulis upahan.
Cabaran kerjaya penulis upahan.

Inilah antara yang CikYam buat untuk memberi manfaat kepada ramai individu yang ingin bergiat aktif dalam dunia penulis upahan. CikYam menulis selagi mampu. Sama ada di blog CikYam ini, mahupun di media sosial, semuanya CikYam cuba hasilkan konten. Untuk apa? Tak lain tak bukan adalah untuk berkongsi dengan anda semua.

Kenapa ya CikYam bersusah payah buat ini semua? Anda boleh baca pengalaman CikYam di ruangan TENTANG CIKYAM. Boleh juga baca dalam kisah ini kisah kena buang kerja.

Ya, dulu CikYam wartawan. Selepas hilang pekerjaan disebabkan pandemik pada tahun 2020, CikYam terus menulis sebagai penulis upahan. Daripada income beribu-ribu, tiba-tiba income zero kerana hilang pekerjaan, CikYam panik. Macam mana CikYam hendak melangsaikan hutang bank kalau tanpa gaji? Dengan income menulis sebagai penulis upahan inilah CikYam dapat menyara kehidupan seisi keluarga termasuk suami CikYam yang cacat, seorang pemegang kat OKU daripada JKM.

Jom join komuniti PROWRITER di facebook untuk berkenalan dengan dunia penulis upahan dan raih pendapatan dengan hanya menulis dari rumah.

Read More

Scroll to Top