Elemen Sifat Penegasan Dalam Storytelling, Ada Yang Nak Tahu?

Pengalaman menulis secara profesional sejak 2004 kat banyak platform, CikYam boleh kata yang paling CikYam suka adalah penulisan jenis storytelling. Sebabnya adalah, apabila menulis storytelling, selalunya CikYam lebih puas. Mungkin sebab tabiat CikYam suka membebel.

Storytelling ni, penulisannya kena ada sentuhan elemen penceritaan yang agak lebih sikit demi menguatkan teknik storytelling itu sendiri. Kalau tak dilebih-lebihkan, storytelling itu biasanya akan jadi bosan. Dahlah kau nak bercerita, tapi cerita kau tu bosan. Sapa nak baca?

Kelebihan bijak mengolah teks berbentuk storytelling adalah penulisan kita lebih berkesan. Jika menulis di media sosial, orang suka baca dan tertarik nak baca sampai habis konten kita tu. Kalau menulis copywriting berbentuk storytelling, orang lebih terbuka untuk terus melakukan tindakan membeli atau mendapatkan servis kita.

KEKUATAN STORYTELLING

Apa intipati kekuatan storytelling dalam penulisan? Salah satu elemen CikYam nak sentuh iaitu SIFAT PENEGASAN.

Apa benda sifat penegasan tu? Maksudnya adalah tegaskan sesuatu keadaan tu dengan lebih detail. Sebabnya yang detail tu bagi lebih impak dalam storytelling kita.

Nak contoh? OK, CikYam ambik contoh simple. Situasi nak menyampaikan rasa cinta kat suami. Haaaaa. Gittew contohnya.

TANPA SIFAT PENEGASAN

Abang, saya sayang sangat kat abang. Saya sayang sebab abang baik. Abang selalu ajak saya solat jemaah sesama.

DENGAN SIFAT PENEGASAN

Abang, abang nak tahu tak satu rahsia pasal abang yang saya simpan dari awal kita kahwin sampai hari ni? Saya kan, sayang sangat kat abang. Saya harap, sayalah orang terakhir yang awak cintai.

Abanglah lelaki paling baik pernah saya jumpa seumur hidup saya. Tak pernah tinggi suara, tak pernah marah saya, tak pernah sakitkan hati saya.

Paling buat saya jatuh hati, abang boleh jadi imam saya. Selalu ajak saya solat jemaah. Bila abang baca surah, berlagu, sedapnya bacaan abang. Hati saya tak karuan dengar suara abang.

CUBA BANDINGKAN

Teknik penceritaan menambah emosi pada konten.

Dua jenis konten kat atas tu CikYam buat biar korang nampak bezanya. Bila tulis, kita kena bagi penegasan kat situasi. Situasi kat atas tu adalah pasal isteri nak sampaikan rasa sayang kat suami, sebab apa sayang.

Kat intro, letak sesuatu sebagai nak bagi orang ada rasa nak tahu. Letak soalan adalah salah satu cara nak tarik perhatian. Dekat sini soalannya adalah pasal rahsia.

Isi konten adalah pasal sebab isteri sayang suami. So bila menulis, kita kena tegaskan pasal sebab sayang tu macam mana. Apa yang buat sayang tu.

Alasan pertama adalah baik. Tegaskan baik tu macam mana baiknya. Hurai sikit. Alasan kedua pasal solat. Semua orang solat. Tapi kenapa isteri ni boleh jatuh sayang sangat sebab solat? Oh, sebabnya pasal suara suami dia sedap bila baca surah dalam solat tu.

Tulis sampai pembaca boleh bayang dalam kepala otak situasinya. Kalau orang boleh bayangkan situasi tu, haaaa maknanya penulisan kita berjaya.

Lebih berjaya penulisan kita tu kalau pembaca boleh terasa emosinya. Masa baca tu, boleh terbayang baguslah suami dia ni. Lagi power kalau tuliskan penegasan yang buat si pembaca terus rasa nak paksa suami sendiri belajar taranum. Hahahahahaha 😆

OK jom try buat storytelling jom ✍️

Korang mesti suka entri yang ini >> Teknik Mudah Tulis Tema & Intro Dalam Storytelling